Situasi di Indonesia, Singapura

INDONESIA mencatatkan 3,861 kes positif baharu Covid-19, jumlah harian tertinggi direkodkan sejak virus itu mula dikesan di republik berkenaan pada 2 Mac 2020. Berdasarkan data rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, hari ini, 10 September, jumlah kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 207,203 manakala 95,501 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 120 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 8,456 orang. Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 50,671 kes, dengan tambahan 1,274 kes…

Read More

PKR sekadar tujuh kerusi

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mengumumkan untuk bertanding di tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pengerusinya, Datuk Christina Liew berkata, perkara itu mendapat restu dan pengesahan daripada Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution. PKR sebelum ini mengumumkan akan bertanding di 14 kerusi. Christina juga memaklumkan PKR akan menggunakan logo parti sendiri berbanding rakan komponen Pakatan Harapan (PH) seperti DAP dan Amanah yang bersetuju mengguna pakai lambang Warisan. “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Warisan, DAP, UPKO dan Amanah dalam memastikan kestabilan sebagai satu pasukan…

Read More

708 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 708 kes baharu koronavirus Covid-19 hari ini, 10 September, menjadikan jumlah kes harian yang terendah berbanding catatan beberapa bulan lalu. Setakat ini, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 323,720, dengan jumlah kematian  meningkat kepada 4,189 kes termasuk 24 kematian yang dilaporkan hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,032 lagi pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pemulihan setakat hari ini sebanyak 299,998 kes. Kes aktif pula 19,533 di mana 1,363 kritikal. Daripada 708 kes baharu yang direkodkan hari ini, Jeddah merekodkan 61 kes  diikuti Hafouf…

Read More

PCS tanding semua kerusi

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) yang akan bertanding di semua 73 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti, kata Presidennya, Anifah Aman. Beliau berkata, PCS adalah parti tempatan yang tidak bergabung dengan mana-mana parti lain dan mampu memenangi hati pengundi. “Kefahaman saya tentang parti tempatan adalah apabila kita semuanya adalah orang Sabah dan bertapak di Sabah. “ Kita tidak bekerjasama dengan DAP, kita tidak bekerjasama dengan PKR, kita tidak bekerjasama dengan UMNO, kita tidak bekerjasama dengan Bersatu… kami berdiri sendiri sebab semua…

Read More

PN tanding 29 kerusi

KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) Sabah terdiri daripada Bersatu, SAPP dan Star mengumumkan akan bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16. Keputusan itu bagaimanapun menyebabkan kemungkinan berlaku tiga pertembungan kerusi dengan Barisan Nasional (BN) iaitu di DUN Tulid yang ditandingi (PBRS), Sook (PBRS) dan Paginatan (UMNO). Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Hajiji Mohd Noor bagaimanapun yakin, keputusan sepakat dapat dicapai antara kedua-dua gabungan menjelang hari penamaan calon. “ Melihat kepada tiga pertindihan ini kami akan mengadakan perbincangan dengan BN dengan segera untuk menyelesaikan…

Read More

44 kes tempatan, 1 import

PUTRAJAYA : Sebanyak  45 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, 10 September membabitkan 44 kes penularan tempatan dan satu kes import melibatkan warganegara yang pulang dari Brazil. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 44 kes penularan dalam negara itu, 40 adalah daripada Kluster Benteng LD, Sabah yang melibatkan 33 bukan warganegara dan tujuh rakyat tempatan.  Baki empat kes  lagi direkodkan di Kedah iaitu dua kes daripada Kluster Telaga dan masing-masing satu daripada Kluster Telaga dan saringan bergejala di Klinik Kesihatan Simpang Kuala dengan kesemuanya melibatkan rakyat tempatan. Sementara itu, sebanyak 24 kes…

Read More

Warisan Plus guna 3 logo

KOTA KINABALU : Warisan Plus akan menggunakan tiga logo pada pilihan raya negeri Sabah, kata Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Shafie Apdal. Logo tersebut ialah Warisan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Logo Warisan akan digunakan oleh Warisan sendiri, DAP dan Amanah manakala calon-calon UPKO dan PKR akan mengunakan logo masing-masing. Mohd Shafie berkata setakat ini Warisan, DAP, UPKO dan Amanah akan bertanding di 66 kerusi manakala selebihnya akan ditandingi PKR. Warisan mendapat 46 kerusi, UPKO (12 kerusi), DAP (tujuh kerusi),  PKR (tujuh kerusi) dan Amanah (satu kerusi), menyaksikan mereka bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Sabah.  Mohd Shafie yang…

Read More

Boleh makan hingga 2 pagi

PUTRAJAYA: Waktu operasi premis perniagaan termasuk restoran dan kedai serbaneka yang sebelum ini ditetapkan sehingga jam 12 tengah malam kini dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob memberitahu, Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan itu selepas mendapat gesaan daripada pengusaha terutama di kawasan pelancongan. “Banyak rungutan terutamanya di kawasan pelancongan seperti di Langkawi… mereka terpaksa tutup pukul 12 tengah malam, hiburan pula tidak dibenarkan, kerana kita tidak benarkan dan hanya makan sahaja boleh. “Jadi pengusaha-pengusaha meminta kita melanjutkan tempoh selama dua jam lagi dan hari…

Read More

PBRS tanding lima kerusi

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akan bertanding lima kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16. Presidennya, Joseph Kurup berkata, lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu ialah Matunggong, Tandek, Kadamaian, Sook dan satu DUN baharu iaitu Tulid. Dalam satu kenyataannya, beliau berkata, ini adalah peluang kepada PBRS untuk membuktikan bahawa parti itu adalah sebuah parti tempatan yang diterima oleh setiap lapisan masyarakat.  

Read More

Warisan tanding 45 kerusi

KOTA KINABALU: Dua bekas menteri yang juga ahli Parlimen turut dicalonkan bagi mewakili Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16. Mereka ialah Ahli Parlimen Penampang, Darrel Leiking dicalonkan bagi kerusi (N26) Moyog manakala Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi bagi kerusi (N61) Segama. Presiden Parti Warisan, Mohd Shafie Apdal mengumumkan 53 senarai calon yang menggunakan logo Warisan iaitu dari DAP dan Amanah. Dari jumlah tersebut 45 kerusi ditandingi Warisan, tujuh bagi DAP dan satu kerusi bagi Amanah. Sementara itu bagi kerusi yang ditandingi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu UPKO, Presidennya…

Read More