708 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 708 kes baharu koronavirus Covid-19 hari ini, 10 September, menjadikan jumlah kes harian yang terendah berbanding catatan beberapa bulan lalu.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 323,720, dengan jumlah kematian  meningkat kepada 4,189 kes termasuk 24 kematian yang dilaporkan hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,032 lagi pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pemulihan setakat hari ini sebanyak 299,998 kes.

Kes aktif pula 19,533 di mana 1,363 kritikal.

Daripada 708 kes baharu yang direkodkan hari ini, Jeddah merekodkan 61 kes  diikuti Hafouf 53 , Madinah 48, Dammam dan Qatif masing-masing 44 kes, Hail 40 dan Riyadh 38.

Related posts

Leave a Comment