PN tanding 29 kerusi

KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) Sabah terdiri daripada Bersatu, SAPP dan Star mengumumkan akan bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Keputusan itu bagaimanapun menyebabkan kemungkinan berlaku tiga pertembungan kerusi dengan Barisan Nasional (BN) iaitu di DUN Tulid yang ditandingi (PBRS), Sook (PBRS) dan Paginatan (UMNO).

Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Hajiji Mohd Noor bagaimanapun yakin, keputusan sepakat dapat dicapai antara kedua-dua gabungan menjelang hari penamaan calon.

“ Melihat kepada tiga pertindihan ini kami akan mengadakan perbincangan dengan BN dengan segera untuk menyelesaikan perkara ini.

“Kita tidak mahu pertindihan… apa yang kita mahu adalah calon PN atau BN lawan satu dengan Warisan Plus sekali gus menang PRN Sabah,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon PN Sabah di Ibu Pejabat Bersatu Sabah pada Khamis.

Hadir sama, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP),  Yong Teck Lee.

Pada pengumuman itu, PN Sabah yang dibarisi Bersatu, Star dan SAPP akan berentap di 29 kerusi DUN pada PRN kali ini.

Selain itu, Hajiji menjelaskan PN Sabah turut menampilkan hampir 60 peratus muka baharu pada PRN kali ini.

Related posts

Leave a Comment