PBRS tanding lima kerusi

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akan bertanding lima kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Presidennya, Joseph Kurup berkata, lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu ialah Matunggong, Tandek, Kadamaian, Sook dan satu DUN baharu iaitu Tulid.

Dalam satu kenyataannya, beliau berkata, ini adalah peluang kepada PBRS untuk membuktikan bahawa parti itu adalah sebuah parti tempatan yang diterima oleh setiap lapisan masyarakat.

 

Related posts

Leave a Comment