Situasi di Indonesia, Singapura

INDONESIA mencatatkan 3,861 kes positif baharu Covid-19, jumlah harian tertinggi direkodkan sejak virus itu mula dikesan di republik berkenaan pada 2 Mac 2020.

Berdasarkan data rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, hari ini, 10 September, jumlah kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 207,203 manakala 95,501 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 120 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 8,456 orang.

Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 50,671 kes, dengan tambahan 1,274 kes baharu.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,688 orang, diikuti Jakarta (1,351), Jawa Tengah (1,124), Kalimantan Selatan (380), Sulawesi Selatan (374) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

SINGAPURA mengesahkan 63 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, dengan enam daripadanya kes import.

Terdapat dua kes komuniti, yang melibatkan seorang warganegara dan seorang lagi pemegang pas kerja.

Perkembangan terbaru ini menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti Covid-19 di republik itu, meningkat kepada 57,229.

Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, republik itu mengklasifikasikan 954 sebagai kes import, 2,231 kes komuniti dan 53,981 kes penghuni asrama pekerja asing.

Sebanyak 56,492 pesakit pulih sepenuhnya dan 34 kes masih di hospital manakala

613 pesakit yang bergejala ringan atau secara kilinikalnya sihat tetapi diuji positif Covid-19, diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Related posts

Leave a Comment