Air : Punca pencemaran terabai

ISU pencemaran air sungai bukanlah sesuatu yang baharu. Selak Utusan Malaysia pada 10 Oktober 2016 pernah menulis isu ini di bawah tajuk “Air: Ujian atau pembalasan angkara perbuatan manusia”.  Punca pencemaran sama. Berikut sedutan tulisan itu. Teks penuh boleh cari @ rujuk ARCHIVES (10.10.2016). Baca juga tulisan berkaitan  Perkasa penguatkuasaan bukan menuding jari ( 27.07.2019) “Amat malang jika punca pencemaran itu disebabkan kehadiran premis haram sama ada kilang atau pe­nempatan. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Bagaimana premis itu boleh mendapatkan bekalan elektrik dan air? Jika sumbernya disebabkan pemasangan haram, adakah…

Read More

Kes harian turun di Arab Saudi

ARAB Saudi terus mencatatkan penurunan kes harian positif Covid-19 apabila merekodkan 791 kes baharu berbanding 822 kes yang dilaporkan semalam dan 833 pada 3 September lalu. Sebelum ini, Arab Saudi pernah merekodkan kes harian sehingga 4.301 kes pada 19 Jun kemudiannya turun sehingga di bawah 1,000 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 319,932 kes manakala jumlah kematian pula 34 orang yang menjadikan 4,049 orang meninggal dunia. Sebanyak 779 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 295,842 pesakit pulih sementara kes aktif sebanyak 20,041 kes di mana…

Read More

Filipina catat 234,570 kes

INDONESIA mencatatkan 3,128 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan kes positif keseluruhan berjumlah 190,665 kes setakat ini. Berdasarkan data laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, hari ini, 5 September, sebanyak 86,778 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 108 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif akibat Covid-19 di Indonesia kini 7,940 orang. Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu pada 45,157 kes, dengan tambahan 877 kes baharu. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi…

Read More

6 kes : 2 tempatan, 4 import

PUTRAJAYA : Enam kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini yang merangkumi dua kes penularan dalam negara dan empat kes import. Dua kes penularan dalam negara itu melibatkan warga tempatan iaitu masing-masing penambahan satu kes baharu daripada Kluster Telaga dan kes ‘Severe Acute Respiratory Infection’ (SARI) di Hospital Lahad Datu, Sabah. Empat kes import pula dilaporkan di Wilayah Persekutuan yang masing-masing mendapat jangkitan di Pakistan, Angola, India dan Bangladesh,  melibatkan dua warga tempatan dan dua rakyat asing. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,391 kes…

Read More

Satu kes Kluster Telaga

SATU kes baharu dilaporkan bagi Kluster Telaga di negeri Kedah. Kes ini (Kes ke-9391) merupakan kontak rapat kepada kes indeks (Kes ke-9284) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Beliau didapati positif Covid-19 semasa saringan yang dijalankan pada 3 September 2020. Justeru, jumlah kes positif Covid-19 dalam kluster ini adalah sebanyak sembilan kes. Sehingga 5 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 3,458 orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini: • 9 kes dikesan positif COVID-19; • 2,744 individu negatif; dan • 705 individu masih menunggu keputusan. Pengesanan kes secara…

Read More

Operasi secara berperingkat

LOJI Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula secara berperingkat bermula 10.30 malam semalam, 4 September 2020. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, keempat-empat LRA ini mengambil masa 10 jam untuk aktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA. Ini bagi membolehkan operasi penuh berjalan dengan mengisi kolam imbangan sehingga ke paras 4 meter yang dijangka selesai pada 8.30 pagi ini sebelum ia dapat diagihkan kepada pengguna.

Read More

26.5 juta kes, 872,569 maut

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 26.5 juta dengan 872,569 kematian sementara sebanyak 17,617,328 kes dilaporkan sembuh. Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS), Brazil dan India mendahului negara-negara lain dalam merekodkan jumlah tertinggi kes dan kematian. Setakat pukul 8 pagi ini, AS merekodkan 17,617,328 kes dan 187,710  kematian diikuti Brazil 4,091,801 kes dan 125,502 kematian manakala India 3,936,747 kes dengan 68,472 kematian. Rusia merekodkan 1,011,987 kes diikuti Peru 670,145, Colombia 641,574, Afrika Selatan 635,078, Mexico 616,894, Sepanyol 498,989, Argentina 461,882 dan Chile 418,469. Lima negara merekodkan lebih 300,000 kes…

Read More

WHO tunggu kesan vaksin

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) tidak akan mengesyorkan sebarang vaksin Covid-19 sebelum ia terbukti selamat dan berkesan, kata Ketua Pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus. Katanya, vaksin sebelum ini selama beberapa dekad telah membantu membasmi campak, kemudian hampir di ambang pembasmian polio. “Untuk masa depan, vaksin pada Covid-19, hanya akan digunakan apabila didapati berkesan dan selamat,” katanya sambil berharap vaksin yang berkesan akan muncul untuk memastikan dunia kembali normal. Beliau mengulas perkembangan terbaharu di mana Rusia dan China mula menggunakan vaksin sebelum kajian jangka panjang selesai. Malah, beberapa negara lain turut mencadangkan…

Read More