Kes harian turun di Arab Saudi

ARAB Saudi terus mencatatkan penurunan kes harian positif Covid-19 apabila merekodkan 791 kes baharu berbanding 822 kes yang dilaporkan semalam dan 833 pada 3 September lalu.

Sebelum ini, Arab Saudi pernah merekodkan kes harian sehingga 4.301 kes pada 19 Jun kemudiannya turun sehingga di bawah 1,000 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 319,932 kes manakala jumlah kematian pula 34 orang yang menjadikan 4,049 orang meninggal dunia.

Sebanyak 779 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 295,842 pesakit pulih sementara kes aktif sebanyak 20,041 kes di mana 1,470 kritikal.

Sementara itu, Jeddah merekodkan 65 kes berbanding 48 semalam manakala Madinah mencatatkan 64 kes diikuti Dammam 46, Hufof 44, Riyadh 38, Al-Mobarraz dan Makkah masing-masing 31 kes.

Related posts

Leave a Comment