26.5 juta kes, 872,569 maut

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 26.5 juta dengan 872,569 kematian sementara sebanyak 17,617,328 kes dilaporkan sembuh.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS), Brazil dan India mendahului negara-negara lain dalam merekodkan jumlah tertinggi kes dan kematian.

Setakat pukul 8 pagi ini, AS merekodkan 17,617,328 kes dan 187,710  kematian diikuti Brazil 4,091,801 kes dan 125,502 kematian manakala India 3,936,747 kes dengan 68,472 kematian.

Rusia merekodkan 1,011,987 kes diikuti Peru 670,145, Colombia 641,574, Afrika Selatan 635,078, Mexico 616,894, Sepanyol 498,989, Argentina 461,882 dan Chile 418,469.

Lima negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Iran 382,772, Perancis 347,267, United Kingdom 344,655, Bangladesh 321,615 dan Arab Saudi 319,141.

Pakistan dan lima negara lagi merekodkan lebih 200,000 kes iaitu 297,512 (Pakistan), Turki 276,555, Itali 274,644, Iraq 252,075, Jerman 250,283 dan Filipina 232,072.

Indonesia mendahului negara yang mencatatkan lebih 100,000 kes iaitu 187,537 diikuti Ukraine 134,069, Kanada 133,141, Israel  126,419, Qatar 119,637, Bolivia 118,781, Ecuador  117,175 dan Kazakhstan 106,121.

Bagi kes kematian pula, Mexico merekodkan 66,329 kematian diikuti  United Kingdom 41,626,  Itali  35,518, Perancis 30,730, Sepanyol 29,418, Peru 29,405, Iran 22,044 dan Colombia 20,618.

Sementara itu Rusia merekodkan 17,598 kematian diikuti Afrika Selatan 14,678, Chile 11,494, Belgium 9,899, Argentina 9,623, Jerman 9,327 dan Kanada 9,190.

Sementara itu, Brazil merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 3,453,227 diikuti India 3,037,151, AS 2,283,454 Rusia 830,532, Afrika Selatan 557,818, Mexico 510,626, Peru 489,886 dan Colombia 489,151

Chile 391,248, Argentina 331,621, Iran 330,308, Arab Saudi 295,063, Pakistan 282,268, Turki 249,108, Jerman 222,802, Bangladesh 216,191, Itali 209,027 dan Iraq 191,368.

Related posts

Leave a Comment