Satu kes Kluster Telaga

SATU kes baharu dilaporkan bagi Kluster Telaga di negeri Kedah. Kes ini (Kes ke-9391) merupakan kontak rapat kepada kes indeks (Kes ke-9284) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Beliau didapati positif Covid-19 semasa saringan yang dijalankan pada 3 September 2020.

Justeru, jumlah kes positif Covid-19 dalam kluster ini adalah sebanyak sembilan kes. Sehingga 5 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 3,458 orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini:
• 9 kes dikesan positif COVID-19;
• 2,744 individu negatif; dan
• 705 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan.

Related posts

Leave a Comment