Kes harian turun

ARAB Saudi merekodkan 898 kes baharu koronavirus Covid-19 hari ini, Selasa, 1 September 2020, jumlah yang lebih rendah berbanding 951 kes semalam dan 910 kes yang dicatatkan pada Ahad. Dengan kes baharu ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan di Arab Saudi meningkat kepada 316,670 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 291,514 termasuk kes sembuh yang direkodkan hari ini sebanyak 718 kes. Mengenai kematian, dalam tempoh 24 jam sebanyak 32 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 3,929 kematian setakat ini. Ketika ini juga, terdapat  1,519 kes kritikal.…

Read More

Kluster Benteng LD

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan satu kluster baharu telah dikenalpasti hasil saringan terhadap tahanan baharu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah. Setakat ini, seramai 50 orang tahanan telah disaring pada 28 Ogos 2020. Daripada jumlah ini: • 7 kes dikesan positif COVID-19; dan • 43 individu adalah negatif. Kes positif Covid-19 kluster ini melibatkan enam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan seorang warganegara Malaysia. Kesemua kes positif ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman…

Read More

14 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA: Sebanyak 14 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan pada Selasa, 1 September membabitkan sembilan kes penularan tempatan dan lima import menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 9,354 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 151 kes. Daripada sembilan penularan dalam negara, dua kes dilaporkan daripada Kluster Tawar dan Kluster Telaga, manakala tiga kes membabitkan kluster baharu dikenali sebagai Kluster Benteng Lahad Datu. Di Sabah, tiga kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu iaitu kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara.…

Read More

Sekatan kemasukan 7 Sept.

PUTRAJAYA: Mulai 7 September, kerajaan mengenakan sekatan kemasukan pemegang Pas Jangka Masa Panjang dari India, Indonesia dan Filipina, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP pada Selasa setelah mengambil kira peningkatan kes yang mendadak di negara-negara terbabit. Sekatan kemasukan ini merangkumi: o Penduduk Tetap (PR) o Pas Program Malaysia My Second Home (MM2H) o Ekspatriat semua kategori termasuk Profesional Visit Pass (PLIK) o Pas Residen o Pasangan kepada Warganegara Malaysia (Spouse Visa) o Pelajar Warganegara Berkenaan “Sekatan ini merangkumi yang pertama,…

Read More

Hari ini dalam sejarah

ANGKA 9 menjadi ‘pembuka dan penutup’ kelahiran dan kematian akhbar Utusan Malaysia, akhbar yang diterbitkan oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB). Catatan ini hanyalah sekadar mengingati sejarah bukan bertujuan meratapi pemergiannya, nanti orang kata bergeraklah ke hadapan, jangan pandang belakang. Maka saya tidak mahu menulis pasal Utusan Malaysia yang sudah ‘berkubur’ itu. Hanya ulang tulisan lama pada saat ‘kegeringannya’ itu pun saya letak di selak-selak.com sebagai catatan kenangan D’UTUSAN. (Rujuk Selamat Hari Lahir Utusan Malaysia) Angka 9 yang saya maksudkan adalah Utusan Malaysia dilahirkan pada 1 September 1967 (01.09.1967). Pada…

Read More

Selamat Hari Lahir Utusan Malaysia

IMBASAN TULISAN PADA 1 SEPTEMBER 2019 01 SEPTEMBER 2019 : HIJRAH UTUSAN ALHAMDULILLAH, hari ini, 1 September 2019, Utusan Malaysia genap 52 tahun usia keluarannya. Syukurlah Utusan Malaysia yang diterbitkan mulai 1 September 1967 masih wujud. Ketika tersebar berita akhbar ini bakal ditalkinkan, ramai terutama warga kerja dan mereka yang pernah bersama Utusan gelisah dan kecewa. Mereka tidak boleh menerima Utusan pergi begitu sahaja. Namun hari ini, Utusan Malaysia terus ‘bernafas’ walaupun ibu kandungnya Utusan Melayu (jawi) yang dilahirkan pada 29 Mei 1939 telah lama pergi meninggalkan kita. Terima kasih…

Read More

Kes meningkat semula

ARAB Saudi pada Ahad 31 Ogos  menunjukkan peningkatan semula kes jangkitan harian apabila merekodkan 951  kes Covid- 19, berbanding 910 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 315,772. Kes sembuh pula mengatasi kes jangkitan apabila Kementerian Kesihatan (MoH) merekodkan sebanyak 1,129 kes sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 290,796. Pada masa yang sama, MoH juga merekodkan 27 lagi kematian akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan meninggal dunia 3,897 orang. Sementara itu, Makkah merekodkan kes tertinggi dengan 76 kes diikuti  Jeddah 65, Taif 48, Hufof 41, Riyadh dan Jazan masing-masing 38,…

Read More