Penurunan kes harian Brunei Darussalam

BERAKAS 17 April – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam menunjukkan penurunan dengan merekodkan 159 kes berbanding 176 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 140,182.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 145 adalah hasil Ujian ART dan 14 kes adalah hasil daripada 732 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata tiada kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Terdapat satu kes dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 290 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 138,693 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 1,271 kes, iaitu 44 kes sedang dirawat di hospital, manakala 1,227 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Related posts

Leave a Comment