14 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA: Sebanyak 14 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan pada Selasa, 1 September membabitkan sembilan kes penularan tempatan dan lima import menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 9,354 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 151 kes.

Daripada sembilan penularan dalam negara, dua kes dilaporkan daripada Kluster Tawar dan Kluster Telaga, manakala tiga kes membabitkan kluster baharu dikenali sebagai Kluster Benteng Lahad Datu.

Di Sabah, tiga kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu iaitu kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara. Sebanyak empat kes bukan warganegara juga adalah daripada Kluster Benteng Lahad Datu di Sabah.

Sehingga kini 21 kes dilaporkan telah pulih dengan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 9,075 kes bersamaan 97 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Di samping itu, satu kematian dilaporkan dalam Kluster Tawar di negeri Kedah menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 128 kes bersamaan 1.37 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes kematian ke-128 (kes ke-9,174) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah paru-paru dan darah tinggi. Dia merupakan salah satu kes positif yang telah dilaporkan pada 15 Ogos 2020 dalam Kluster Tawar.

Pesakit itu mula mengalami gejala demam dan sakit dada sejak 6 Ogos 2020 dan telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan. Pada 14 Ogos 2020, beliau dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang setelah didapati positif Covid-19.

Keadaan kesihatan beliau merosot dengan komplikasi daripada penyakit barah, justeru memerlukan bantuan pernafasan sejak 24 Ogos 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 1 September 2020 pukul 10.38 pagi.

Sehingga kini, terdapat lima kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan

Related posts

Leave a Comment