Kes meningkat semula

ARAB Saudi pada Ahad 31 Ogos  menunjukkan peningkatan semula kes jangkitan harian apabila merekodkan 951  kes Covid- 19, berbanding 910 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 315,772.

Kes sembuh pula mengatasi kes jangkitan apabila Kementerian Kesihatan (MoH) merekodkan sebanyak 1,129 kes sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 290,796.

Pada masa yang sama, MoH juga merekodkan 27 lagi kematian akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan meninggal dunia 3,897 orang.

Sementara itu, Makkah merekodkan kes tertinggi dengan 76 kes diikuti  Jeddah 65, Taif 48, Hufof 41, Riyadh dan Jazan masing-masing 38, Madinah 35, dan Tabuk 27.

Related posts

Leave a Comment