Kes harian turun

ARAB Saudi merekodkan 898 kes baharu koronavirus Covid-19 hari ini, Selasa, 1 September 2020, jumlah yang lebih rendah berbanding 951 kes semalam dan 910 kes yang dicatatkan pada Ahad.

Dengan kes baharu ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan di Arab Saudi meningkat kepada 316,670 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 291,514 termasuk kes sembuh yang direkodkan hari ini sebanyak 718 kes.

Mengenai kematian, dalam tempoh 24 jam sebanyak 32 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 3,929 kematian setakat ini. Ketika ini juga, terdapat  1,519 kes kritikal.

Sementara itu, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, Makkah terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 81 kes berbanding 76 kes pada Isnin.

Jeddah merekodkan 72 kes, Madinah 50, Hufof dan Riyadh 46, Taif 42, Mobarraz 33, Hail 30, Hafr Al-Batin 25, Najran 23 dan Dammam 21.

Related posts

Leave a Comment