BARU-baru ini tular di media sosial mengenai senarai lokasi yang dikunjungi oleh individu yang didapati positif Covid-19. ‘Nasihat’ yang diberi supaya mengelakkan daripada berada atau mengunjungi lokasi berkenaan. Dalam erti kata lain, lokasi itu cuba digambarkan tidak selamat Maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain.
Hakikatnya, lokasi yang telah dilawati kes positif akan dilakukan proses disinfeksi dan nyahkuman. Selepas proses ini, ia selamat untuk dikunjungi dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP.).