Emir Kuwait meninggal dunia

EMIR Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.

Sheikh Sabah Al-Ahmad yang memerintah Kuwait sejak 2006 dilaporkan menghembus nafas terakhir pada usia 91 tahun.

Memetik laporan antarabangsa, Menteri Hal Ehwal Dalam Negara, Sheikh Ali Jarrah al-Sabah memaklumkan seluruh negara turut berduka dengan pemergian beliau.

Sheikh Sabah sebelum ini dilaporkan berlepas ke Amerika Syarikat pada 23 Julai lalu bagi menerima rawatan susulan pembedahan yang dilakukan baru-baru ini.

Beliau sebelum ini ditahan di wad pada 18 Julai bagi pemeriksaan kesihatan selepas pembedahan dilakukan satu hari sebelum itu.

Ketika ini, Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dilaporkan menggalas tugas sebagai Emir.

Related posts

Leave a Comment