89 kes, dua kematian

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat dua lagi kes kematian akibat Covid-19 pada Rabu, 30 September
Ketua Pengarah, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kematian dalam negara meningkat kepada 136 kes atau bersamaan dengan 1.21 peratus.
Mengenai kes baharu pula, sebanyak 89 kes dilaporkan berbanding lebih 100 kes dilaporkan selama tiga hari yang lepas.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara meningkat kepada 11,224 kes.
Daripada kes yang direkodkan, 86 melibatkan kes tempatan dan tiga lagi ialah kes import.
Sementara itu, sebanyak 28 kes disahkan pulih dan itu menjadikan jumlah kes pesakit sembuh meningkat kepada 9,967 kes.
Sebanyak 16 kes yang sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana tiga kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment