Kes di Indonesia lebih 287,000

INDONESIA merekodkan 4,284 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 287.008 kes dengan kes aktif 61.321.

Data Kementerian Kesihatan juga merekodkan 139 kematian yang membawa jumlah pesakit meninggal dunia mencapai 10,740.

Pesakit sembuh pula mengatasi jumlah kes baharu iaitu sebanyak  4,510 yang membawa jumlah keseluruhan pesakit sembuh 214,947 kasus. 

Kes sembuh tertinggi dicatatkan  di Jakarta dengan 1.456 kes dan kumulatifnya mencapai 60.231 kes, Sulawesi Selatan dengan tambahan 374 kes dan kumulatifnya 12,340 diikuti Jawa Barat dengan 371 kes dan kumulatifnya 13.650 kes.

Jawa Timur merekodkan 350 kes dan kumulatifnya sebanyak 37.058 kes. Jawa Tengah masih berada di urutan ketiga kumulatifnya dengan 16.034 kes termasuk 200 kes hari ini.

Jakarta masih mencatat kes tertinggi dengan 1.159 kes dan kumulatifnya mencapai 73.736 kes, Jawa Barat 446 kes dan kumulatifnya mencapai 22.205 kes.

SINGAPURA mengesahkan 23 kes baharu jangkitan Covid-19 untuk tempoh 24 jam  menjadikan jumlah keseluruhan 57,765 kes.

Terdapat tiga lagi kes dalam komuniti di mana kesemua mereka merupakan pemegang pas kerja manakala empat kes import dikenakan Notis Duduk di Rumah

Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat malam tadi, kementerian itu menyatakan satu-satunya kes dalam komuniti yang dilaporkan semalam, melibatkan seorang lagi rakyat Malaysia.

Pemegang pas kerja berusia 21 tahun itu telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada dua kes komuniti yang dilaporkan pada Isnin yang juga merupakan rakyat Malaysia.

Sehingga 29 September terdapat 888 kes melibatkan pemegang pas kerja dan telah dikategorikan sebagai kes-kes komuniti.

MoH juga menyatakan, 57,466 kes telah pulih sepenuhnya dan 32 kes masih berada di hospital, namun tiada yang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 217 pesakit yang bergejala ringan atau secara klinikalnya sihat namun masih diuji positif Covid-19, telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Sehingga hari ini, 27 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.

Related posts

Leave a Comment