Kes harian bandar utama turun

BUAT kali pertama dalam tempoh beberapa bulan selepas pandemik Covid-19 dikesan, beberapa bandar utama di Arab Saudi hari ini, 30 September merekodkan kes harian yang kurang daripada 50 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), daripada 418 kes yang direkodkan, Jeddah mencatatkan 43 kes diikuti Makkah dan Riyadh masing-masing 31 kes diikuti Yanbu 29 dan Hafouf 25.

Jumlah 418 kes yang dicatatkan hari ini juga rendah, kedua terendah selepas 403 kes yang dilaporkan pada 27 September lalu.

Dengan perkembangan ini juga, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan Arab Saudi setakat ini adalah 334,605 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 4,768 orang termasuk kematian terkini sebanyak 29 orang.

Sementara itu, 612 lagi pesakit sembuh sepenuhnya yang membawa kepada jumlah kes sembuh meningkat kepada 319,154 kes atau 95.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan.

Kes aktif pula 10,683 dan jumlah kritikal 993 kes.

Related posts

Leave a Comment