Hotel ‘rawat’ pesakit Covid-19

INDONESIA merekodkan 4,002 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu meningkat kepada 282,724 kes. Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, sebanyak 132,496 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 29 September, 128 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 10,601 orang. Provinsi Jakarta merekodkan 1,238 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kes keseluruhan tertinggi di republik Indonesia iaitu 72,577 kes, dengan kematian keseluruhan 1,716 orang. Sementara itu, pemerintah…

Read More

Empat kluster baharu

  𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗠𝗕𝗔, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 Kes indeks bagi kluster iaitu kes ke-11110 merupakan lelaki warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 20 September 2020. Kes bergejala demam dan batuk dan didapati positif COVID19 pada 28 September 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Hasil saringan kontak rapat mendapati 2 lagi kes positif COVID-19 pada 28 September 2020. Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih lagi diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan. Punca jangkitan masih dalam siasatan. 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 Kluster ini dikenalpasti hasil saringan…

Read More

82 individu ingkar PKPP

SEBANYAK 82 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, berbanding 661 individu pada Ahad, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Kesalahan itu merangkumi 46 individu ditahan atas kesalahan tidak mematuhi penjarakan fizikal, 23 individu tidak memakai pelitup muka, 12 individu gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri dan seorang ditahan ketika sedang berhibur di kelab malam. Dalam satu kenyataan hari ini, 29 September, daripada jumlah itu, 75 individu dikompaun, enam direman dan satu dijamin. Sementara itu bagi Operasi Benteng, Ismail Sabri berkata seramai 29 pendatang tanpa izin dan…

Read More

Ubah portfolio selepas 3 jam

KETUA Menteri Sabah,  Hajiji Mohd Noor mengesahkan perubahan menteri dalam dua portfolio kanan Kabinet Negeri selepas lebih tiga jam Istiadat Angkat Sumpah yang berlangsung di Istana Negeri selesai. Ia membabitkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah. Jelas Hajiji, portfolio Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah akan digalas oleh Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah I. manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan dipertanggungjawabkan kepada Masidi Manjun. Masidi juga sebagai Menteri Kewangan Kedua. “Saya melantik Masidi akan membantu kewangan terutama sekali untuk memulihkan ekonomi Sabah dan…

Read More

Akhirnya Hajiji sah KM Sabah

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.  Turut mengangkat sumpah di Istana Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 29 September adalah tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin yang juga ADUN Lamag, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)  Dr Jeffrey Kitingan (Tambunan), dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Joachim Gunsalam (Kundasang).  Bung Moktar turut mengangkat sumpah sebagai Menteri Kerajaan…

Read More

Covid-19 ragut 1 juta jiwa

ANGKA kematian global akibat pandemik Covid-19 kini mencecah satu juta orang dengan Amerika Syarikat (AS) mendahului senarai tertinggi iaitu 205,031 orang daripada 1,000,555 kematian. Data Johns Hopkins University sehingga 9.30 pagi ini menunjukkan jumlah kes jangkitan yang direkodkan pula adalah 33,273,720 kes dan AS turut mendahului dengan 7,147,241 kes. India berada di kedudukan kedua dengan 6,074,702 kes diikuti Brazil 4,745,464 dan Rusia 1,154,299. Colombia dan Peru masing-masing merekodkan 818,203 dan 805,302 kes manakala Sepanyol 748,266, Mexico 730,317, Argentina 723,132, Afrika Selatan 671,669 dan Perancis 577,980. Chile merekodkan 459,671, Iran 449,960 dan United Kingdom…

Read More

Maro & Malaysia Kita

IMBASAN 2019 MARO kata nama-nama dalam watak kartun Kosmorama ini adalah rekaan semata. Hakikatnya, nama-nama yang disebut memang wujud di Jabatan Pengarang sama ada pada masa lalu dan sekarang. Mungkin secara kebetulan. Mungkin ada yang nama sama, tidak tahu yang mana satu. Tetapi jika faktor usia di ambil kira, semua nama itu sudah pun bersara. Siapa pun watak itu yang memiliki nama Khalid, Aziz, Osman, Hassan, Siva dan Fauziah mengingatkan kembali suasana bekerja di Utusan khususnya Jabatan Pengarang. Semoga kartun karya Maro terus segar khususnya yang disiarkan di Utusan Malaysia,…

Read More

22 kes baharu di Thailand

INDONESIA mencatatkan 3,509 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan kini 278,722 kes. Data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, seramai 131,361 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 28 September, sebanyak 87 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kematian kumulatif 10,473. Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 71,339 kes, dengan tambahan 898 kes baharu. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,138 orang, diikuti Jakarta (1,695), Jawa Tengah (1,397) dan selebihnya di wilayah lain.…

Read More