Doa Hari Kemerdekaan 1957

Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ، اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ، اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ…

Read More

Kemerdekaan nikmat besar

“KEMERDEKAAN adalah satu nikmat besar kepada kita semua. Sepertimana yang disebut oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam pemasyhuran kemerdekaan 63 tahun yang lalu, negara kita ini hendaklah kekal merdeka dan berdaulat, dan seluruh rakyatnya aman, sejahtera dan sentosa selama-lamanya. Inilah amanah besar yang mesti dipikul oleh saya dan saudara- saudari semua. Kita mesti kekalkan kemerdekaan negara kita. Kita mesti pertahankan kedaulatan negara kita. Kita mesti pelihara keamanan negara kita. Kita mesti tegakkan keadilan dan pelihara kebebasan rakyat. Kita mesti pastikan seluruh warga tanah air tercinta ini sejahtera dan sentosa selama-lamanya.…

Read More

PN kerajaan Prihatin Rakyat

PERDANA Menteri,  Muhyiddin Yassin berikrar untuk menjadikan Prihatin Rakyat sebagai prinsip panduan utama kerajaan Perikatan Nasional (PN). Katanya, sebuah kerajaan yang baik mestilah sentiasa prihatin kepada rakyat, di mana kebajikan rakyat adalah perkara yang harus diutamakan. “Itulah lambang keprihatinan kerajaan kepada rakyat. Saya ingin tekankan Kerajaan Perikatan Nasional adalah kerajaan Prihatin Rakyat,” katanya. Ketika menyampaikan Perutusan Khas sempena Hari Kebangsaan yang ke-63, Perdana Menteri berkata, prinsip tersebut telah pun diterjemahkan dalam pakej-pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan sebelum ini oleh kerajaan. Prinsip Prihatin Rakyat juga akan diterjemahkan dalam Belanjawan 2021…

Read More

Penurunan kes di Arab Saudi

KES jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan dan terendah berbanding beberapa minggu lalu apabila catatan menunjukkan 910 kes berbanding 987 kes yang dicatatkan semalam, Sabtu. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah 314,821. Jumlah kematian pula meningkat kepada 3,870 apabila 30 lagi pesakit meninggal dunia. Terdapat 21,284 kes aktif di mana 1,545 kritikal. Sebanyak 1,226 pesakit pula pulih yang membawa jumlah kes sembuh meningkat kepada 289,667. Mengenai taburan kes baharu, Makakh mendahului dengan 66 kes jangkitan, diikuti Jeddah 64, Riyadh 45, Madinah 41, Tabuk…

Read More

Kes di Filipina meningkat

SINGAPURA merekodkan 54 kes baharu Covid-19 hari ini (30 Ogos) menjadikan jumlah jangkitan 56,771 kes. Terdapat lapan kes dalam komuniti iaitu tujuh warga Singapura atau pemastautin tetap dan satu lagi adalah pemegang pas kerja. Kementerian Kesihatan (MoH) memaklumkan terdapat tujuh kes import yang semuanya diberikan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di Singapura. Menerusi data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 889 daripada kes dilaporkan adalah kes import, 2,229 kes komuniti dan 53,599 melibatkan penghuni asrama. Sebanyak 55,447 pesakit sembuh sepenuhnya sementara 70 masih berada di hospital. Sejumlah 1,173  pesakit yang mempunyai…

Read More

17 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA : Sebanyak 15 kes import dan dua kes penularan tempatan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu 9,334 kes, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 160 kes. Daripada 17 kes baharu dilaporkan, 15 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 11 warga Malaysia dan empat bukan warganegara.  Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes import adalahdari India (12 kes di Kuala Lumpur); Arab Saudi (dua kes di Kuala Lumpur) dan Jepun (satu kes di Sarawak). Dua kes penularan tempatan pula membabitkan warga tempatan, iaitu satu kes di Selangor melalui saringan kontak rapat kes positif ke-9,286,…

Read More

Kluster Telaga dan MV Glen

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesan dua kluster baharu wabak Covid-19  iaitu Kluster MV Glen di Pelabuhan Klang, Selangor dan Kluster Telaga di Kedah. Kluster Telaga dikenal pasti di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, melibatkan dua kes positif dengan kes indeks ialah kes ke-9,284 dilaporkan Isnin (24 Ogos) lalu manakala kes kedua adalah kontak rapat kepada kes indeks. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk diberi rawatan. Kedua-dua kes ini merupakan petugas kesihatan di hospital tersebut namun tugasan tidak melibatkan jagaan kes yang disahkan positif Covid-19.…

Read More

IMBAS KEMBALI : Mengingati Kelahiran Mingguan Malaysia

  IMBAS KEMBALI TULISAN 30 OGOS 2019 KETIKA UTUSAN TENAT Meraikan Kelahiran Di Saat Ketenatan Selamat hari ulang tahun kelahiran untuk Mingguan Malaysia. Syukurlah akhbar yang dilahirkan pada 30 Ogos 1964 masih bertahan sehingga sekarang dengan edaran tertinggi. Tahniah juga kepada Kosmo! yang menyambut ulang tahunnya yang ke-15. Kosmo berada di pasaran pada 31 Ogos 2014 sehari selepas pelancaran akhbar kompak itu. Pada 1 September pula, ulang tahun kelahiran Utusan Malaysia yang mula diterbitkan pada 1 September 1967. Begitulah cerita kelahiran akhbar milik Kumpulan Utusan iaitu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia…

Read More

Kes harian rendah di Saudi

ARAB Saudi merekodkan jumlah jangkitan harian Covid-19 yang rendah hari ini apabila kurang daripada 1,000 kes iaitu sebanyak 987 kes. Kementerian Kesihatan (MoH) juga mengumumkan 27 lagi pesakit meninggal dunia  akibat jangkitan Covid-19. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 313,911 manakala jumlah kematian pula sebanyak 3,840. Jumlah kes sembuh pula sebanyak 288,441 termasuk 1,038 pesakit yang pulih hari ini. Sebanyak 21,630 kes aktif di mana 1,555 kritikal. Sementara itu, Makkah mendahului dengan 69 kes jangkitan, diikuti Tabuj 58, Jeddah 51, Riyadh 48, Jazan 44, Hail 37, Hofuf…

Read More