Kes harian rendah di Saudi

ARAB Saudi merekodkan jumlah jangkitan harian Covid-19 yang rendah hari ini apabila kurang daripada 1,000 kes iaitu sebanyak 987 kes.

Kementerian Kesihatan (MoH) juga mengumumkan 27 lagi pesakit meninggal dunia  akibat jangkitan Covid-19.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 313,911 manakala jumlah kematian pula sebanyak 3,840.

Jumlah kes sembuh pula sebanyak 288,441 termasuk 1,038 pesakit yang pulih hari ini. Sebanyak 21,630 kes aktif di mana 1,555 kritikal.

Sementara itu, Makkah mendahului dengan 69 kes jangkitan, diikuti Tabuj 58, Jeddah 51, Riyadh 48, Jazan 44, Hail 37, Hofuf 35, Sabya 33 dan Madinah 32.

Related posts

Leave a Comment