Penurunan kes di Arab Saudi

KES jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan dan terendah berbanding beberapa minggu lalu apabila catatan menunjukkan 910 kes berbanding 987 kes yang dicatatkan semalam, Sabtu.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah 314,821.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 3,870 apabila 30 lagi pesakit meninggal dunia. Terdapat 21,284 kes aktif di mana 1,545 kritikal.

Sebanyak 1,226 pesakit pula pulih yang membawa jumlah kes sembuh meningkat kepada 289,667.

Mengenai taburan kes baharu, Makakh mendahului dengan 66 kes jangkitan, diikuti Jeddah 64, Riyadh 45, Madinah 41, Tabuk 39, 36 in Jazan 36, Taif 28, 25 in Abu Arish 25, Boesh 22 , Dammam dan Al-Harjah masing-masing 20.

Related posts

Leave a Comment