Filipina kini 220,819 kes

THAILAND merekodkan satu kes baharu Covid-19 selepas tiada sebarang kes dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah kes 3,412. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes melibatkan seorang guru wanita British berusia 29 tahun yang tiba bersama suami dan anak perempuan pada 15 Ogos. Mereka dikuarantin. Wanita itu disahkan positif ketika ujian kedua pada Khamis. Dia mengalami demam dan sakit kepala. Kes kematian kekal 58 apabila tiada kematian baharu dilaporkan DI FILIPINA, setakat pukul 4 petang hari ini, 31 Ogos 2020, Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan 3,446 kes baharu yang menjadikan jumlah kes…

Read More

Jakarta rekod lebih 1,000 kes

JAKARTA merekodkan lebih 1,000 kes positif baharu Covid-19 untuk tempoh dua hari berturut-turut sejak semalam, menjadikan provinsi itu kini mencatatkan kes positif keseluruhan berjumlah 40,086 kes. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Prof Wiku Adisasmito dalam sidang medianya yang disiarkan di youtube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) berkata, 1,049 kes positif baharu direkodkan di Jakarta dalam tempoh 24 jam lepas, selepas mencatatkan 1,094 kes positif baharu pada hari sebelumnya. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes positif di Indonesia, kini meningkat kepada 174,796 iaitu tambahan sebanyak 2,743 kes. Bagi tempoh…

Read More

Cawangan ke-4 Hameediyah

RESTORAN Hameediyah, restoran nasi kandar tertua di Malaysia berusia 113 tahun, membuka cawangannya yang keempat di Pulau Pinang iaitu Sungai Ara, daerah barat daya. Pemilik restoran, Ahamed Seeni Pakir Abdul Shukor berkata mereka telah menerima banyak maklum balas dan permintaan untuk membuka lebih banyak cawangan berhampiran kawasan perumahan. Katanya, permintaan itu sedang dipertimbangkan tetapi belum menetapkan lokasi baharu. Pembukaan cawangan keempat di Pulau Pinang itu disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow. Cawangan utama Restoran Nasi Kandar Hameediyah di Lebuh Campbell beroperasi semula pada 27 Ogos selepas dipastikan mematuhi kesemua SOP. Sementara itu, Kon Yeow melalui catatan facebooknya mengucapkan tahniah dan bangga  kerana Restoran Hameediyah juga telah…

Read More

Satu lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA: Satu lagi kematian pesakit Covid-19 dicatat hari ini, 31 Ogos 2020 menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu, meningkat kepada angka 127. Ia merupakan kematian kedua dicatatkan bulan ini, selepas kematian terakhir direkodkan pada 31 Julai, 2020. Semalam, satu kematian dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan  berkata, sebanyak enam kes baharu dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes kebolehjangkitan sebanyak 159 kes, dan jumlah kumulatif menjadi 9,340 kes. Kes kematian ke-127 (kes ke-9124) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit…

Read More

Kluster Tawar catat 74 kes

SATU kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini sebanyak 74 kes. Sehingga 31 Ogos 2020 pukul  12 tengah hari, seramai 16,462 orang disaring. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah : i. Kedah (15,917 disaring): • 63 kes dikesan positif Covid-19; • 12, 597 individu negatif; dan • 3,257 individu masih menunggu keputusan. ii. Pulau Pinang (534 disaring): • 11 kes dikesan positif Covid-19; dan • 523 individu negatif. iii. Perak: Kekal 11 saringan, di mana semua adalah negatif.…

Read More

Satu kes baharu Kluster Telaga

SATU kes baharu (kes ke-9340) dilaporkan bagi Kluster Telaga di negeri Kedah. Kluster ini mula dilaporkan pada 30 Ogos 2020 dengan 2 kes positif melibatkan kakitangan hospital (kes ke-9284 iaitu kes indeks dan kes ke-9334). Namun hasil siasatan lanjut mendapati terdapat 2 lagi kes positif Covid-19 yang telah dilaporkan sebelum ini (kes ke-9306 dan kes ke-9291) didapati juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini sebanyak lima kes. Sehingga 31 Ogos 2020 pukul 12 tengah hari, seramai 735 orang telah disaring…

Read More

Kluster Bunga kapal di PD

SATU kluster baharu yang terpencil (isolated) telah dikenalpasti melibatkan kakitangan yang bertugas dalam sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan. Kapal yang terlibat ini mempunyai sejarah perjalanan dari Pelabuhan Singapura. Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 34 orang krew kapal yang bertugas dalam kapal ini telah disaring pada 28 Ogos 2020 bagi tujuan sign-on dan sign-off kapal. Daripada jumlah ini: • 4 kes dikesan positif Covid-19; • 6 individu adalah negatif; dan • 24 individu masih menunggu keputusan. Kes positif Covid-19 kluster ini melibatkan 2 orang warganegara Malaysia dan 2 orang…

Read More

Hayati, amal Rukun Negara

RUKUN Negara yang lahir 50 tahun lepas sebagai asas kepada perpaduan nasional dan pembentukan negara ini, bukan sekadar untuk dijulang secara simbolik menerusi bacaan setiap kali negara menyambut Hari Kebangsaan, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sebaliknya, titah baginda, roh dan semangat Rukun Negara hendaklah dihayati dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan seharian. “Lima prinsip Rukun Negara adalah formula bagaimana rakyat yang berbilang bangsa, agama, budaya dan bahasa boleh mengatasi segala perbezaan serta kepelbagaian tersebut, seterusnya hidup secara rukun dan damai. Rukun Negara juga menuntut sebuah negara bangsa yang…

Read More