Kluster Tawar catat 74 kes

SATU kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini sebanyak 74 kes. Sehingga 31 Ogos 2020 pukul  12 tengah hari, seramai 16,462 orang disaring. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah :

i. Kedah (15,917 disaring):
• 63 kes dikesan positif Covid-19;
• 12, 597 individu negatif; dan
• 3,257 individu masih menunggu keputusan.

ii. Pulau Pinang (534 disaring):
• 11 kes dikesan positif Covid-19; dan
• 523 individu negatif.

iii. Perak: Kekal 11 saringan, di mana semua adalah negatif. Tiada saringan baharu.

Daripada jumlah saringan di negeri Kedah (iaitu 15,917 orang), 12,553 orang adalah dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran yang membabitkan tiga (3) zon iaitu Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melur di Amanjaya. Setakat ini tiada kes baharu dilaporkan dalam zon-zon tersebut. Sebanyak 8,084 dilaporkan negatif COVID-19 dan 4,469 masih menunggu keputusan ujian makmal.

Related posts

Leave a Comment