BANGI 14 Mac – Bagi menyemarakkan lagi penghayatan bulan Ramadan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menganjurkan Program Ihya’ Ramadan AKRAB JPJ & Komuniti bertempat di Masjid Bandar Seri Putra (BSP) pada Khamis lalu.
Beberapa aktiviti diadakan dengan kerjasama Masjid BSP termasuk agihan bubur lambuk, sumbangan barang keperluan harian kepada mereka yang terpilih serta agihan duit raya kepada komuniti dan pelajar sekolah.
Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli hadir bersama para pegawainya termasuk di peringkat negeri.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi), Jazmanie Shafawi, Pengarah Kanan Penguatkuasa, Muhammad Kifli Ma Hassan, Timbalan Nazir Masjid BSP Nor Halimi Saaidin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Nazli Md Taib.
Aedy Fadly berkata, program itu diharap dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga JPJ dan komuniti setempat di Bandar Seri Putra.
Sebagai penduduk yang turut tinggal di kawasan itu turut memuji pentadbiran masjid yang aktif menganjurkan pelbagai program untuk jemaah di samping antara masjid yang aktif menghasilkan TikTok dengan jumlah pengikut yang ramai.
Katanya, selain memberi barang keperluan kepada penduduk terpilih menjelang Hari Raya Aidilfitri, AKRAB turut mengedarkan bubur lambuk dan menyampaikan duit raya kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1).
Beliau berharap program seperti ini dapat memupuk nilai kebersamaan, memperkukuh hubungan antara warga JPJ dan masyarakat serta menyemarakkan lagi semangat ihyā’ Ramadan.
Nnnn
