Satu kes baharu Kluster Telaga

SATU kes baharu (kes ke-9340) dilaporkan bagi Kluster Telaga di negeri Kedah. Kluster ini mula dilaporkan pada 30 Ogos 2020 dengan 2 kes positif melibatkan kakitangan hospital (kes ke-9284 iaitu kes indeks dan kes ke-9334).

Namun hasil siasatan lanjut mendapati terdapat 2 lagi kes positif Covid-19 yang telah dilaporkan sebelum ini (kes ke-9306 dan kes ke-9291) didapati juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini sebanyak lima kes. Sehingga 31 Ogos 2020 pukul 12 tengah hari, seramai 735 orang telah disaring dalam kluster ini.

Daripada jumlah ini:
• 5 kes dikesan positif Covid-19; dan
• 730 individu negatif.

Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kedua-dua kluster ini.

Related posts

Leave a Comment