Filipina kini 220,819 kes

THAILAND merekodkan satu kes baharu Covid-19 selepas tiada sebarang kes dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah kes 3,412.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes melibatkan seorang guru wanita British berusia 29 tahun yang tiba bersama suami dan anak perempuan pada 15 Ogos. Mereka dikuarantin.

Wanita itu disahkan positif ketika ujian kedua pada Khamis. Dia mengalami demam dan sakit kepala.

Kes kematian kekal 58 apabila tiada kematian baharu dilaporkan

DI FILIPINA, setakat pukul 4 petang hari ini, 31 Ogos 2020, Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan 3,446 kes baharu yang menjadikan jumlah kes Covid-19 meningkat kepada 220,819.

DoH  juga mengumumkan 38 lagi pesakit meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kematian 3,558.

Pada masa yang sama, sebanyak 165 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa  jumlah keseluruhan sembuh kepada 157,562. Kes aktif pula 59,699 kes.

SINGAPURA mengesahkan 41 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 56,812.

Terdapat tiga kes dalam komuniti, kesemuanya adalah pemegang pas kerja.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, tujuh kes import diberikan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di Singapura.

Republik itu mengklasifikasikan 896 daripada kes dilaporkan adalah kes import, 2,237 kes komuniti dan 53,638 melibatkan penghuni asrama.

Sebanyak 55,586 pesakit sembuh manakala 74 kes masih berada di hospital.

Sejumlah 1,084 pesakit yang mempunyai gejala ringan, atau didapati sihat secara klinikal tetapi diuji positif Covid-19, telah diasingkan.

Sehingga kini, 27 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19.

Related posts

Leave a Comment