Kes harian rendah di Saudi

ARAB Saudi merekodkan jumlah jangkitan harian Covid-19 yang rendah hari ini apabila kurang daripada 1,000 kes iaitu sebanyak 987 kes. Kementerian Kesihatan (MoH) juga mengumumkan 27 lagi pesakit meninggal dunia  akibat jangkitan Covid-19. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 313,911 manakala jumlah kematian pula sebanyak 3,840. Jumlah kes sembuh pula sebanyak 288,441 termasuk 1,038 pesakit yang pulih hari ini. Sebanyak 21,630 kes aktif di mana 1,555 kritikal. Sementara itu, Makkah mendahului dengan 69 kes jangkitan, diikuti Tabuj 58, Jeddah 51, Riyadh 48, Jazan 44, Hail 37, Hofuf…

Read More

DUN Slim : BN menang bukan dengan majoriti ‘slim’

BARISAN Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dengan majoriti besar, bukan majoriti ‘slim’. Jika pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, BN menang dengan majoriti 2,183 undi tetapi majoriti kali ini 10,945 undi. Calon BN, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim Mohd Zaidi Aziz, 43, menang selepas memperoleh 13,060 undi. Pencabarnya, dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, meraih 2,115 undi dan bekas guru S. Santharasekaran, 44, memperoleh 276 undi. Amir Khusyairi Mohamad Tanusi juga daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Pengumuman rasmi dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya…

Read More

Kes harian tertinggi Indonesia

INDONESIA sekali lagi mencatatkan kes positif baharu Covid-19 melebihi angka 3,000 apabila kes harian hari ini menunjukkan 3,308 kes berbanding 3,003 kes semalam. Berdasarkan data di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, jumlah yang dicatatkan hari ini adalah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas. Dengan perkembangan ini, kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 169,195 manakala jumlah kematian sebanyak 7,261 orang apabila 92 lagi kematian berlaku. Provinsi Jakarta mencatat kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 37,943 diikuti Jawa Timur (32,754) dan selebihnya di 32 provinsi lain. Provinsi Jawa Timur…

Read More

10 kes import, satu tempatan

PUTRAJAYA: Sebelas kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas dengan 10 kes import dan satu kes penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Perkembangan itu menjadikan  jumlah terkumpul kes positif setakat ini sebanyak 9,317 kes sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 154 kes. Dalam kenyataannya, Dr Noor Hisham berkata daripada 10 kes import itu, enam merupakan rakyat Malaysia dan empat lagi adalah warga asing. Lapan kes import tersebut adalah dari India (7 kes dilaporkan di Kuala Lumpur dan 1 di Selangor) serta masing-masing satu dari Indonesia (dilaporkan…

Read More

51 dikompaun, 28 direman

MASIH ramai yang mengingkari arahan di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dengan melakukan pelbagai kesalahan sehingga mereka ditahan dan dikompaun. Dalam kenyataannya mengenai perkembangan PKPP hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata,  79 orang ditahan di mana 51 dikompaun manakala 28 lagi direman. “Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam, gagal menyediakan peralatan atau catitan keluar masuk, tidak memakai pelitup muka, premis beroperasi lebih masa, private party serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal,” katanya. Sementara itu, seramai…

Read More

Rusia hampiri satu juta kes

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia mencecah 24.5 juta dengan jumlah kematian meningkat kepada 833,943 kes. Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) dan Brazil mendahului kes jangkitan dan juga kematian. Daripada 24,578,557 kes jangkitan yang direkodkan sehingga pukul 7 pagi ini, AS mendahului dengan 5,910,400 dan 181,655 kematian diikuti Brazil 3,761,391 kes dan 118,649 kematian. India merekodkan 3,387,500 kes dan diikuti Rusia yang sudah pun menghampiri satu juta kes dengan catatan 977,730. Empat negara lagi merekodkan lebih 500,000 kes iaitu Peru 621,997, Afrika Selatan 620,132, Colombia 581,995 dan…

Read More

Siapa pilihan Slim?

SIAPA pilihan pengundi Dewan Undangan Negeri Slim?  Nasib tiga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim akan diketahui hari ini (29 Ogos) apabila 22,749 pengundi biasa akan mengundi calon pilihan mereka mulai pukul 8 pagi sehingga 5.30 petang, PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (Pejuang) dan S.Santharasekaran. Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim selama empat penggal, Mohd Khusairi Abdul Talib daripada BN yang meninggal…

Read More