Siapa pilihan Slim?

SIAPA pilihan pengundi Dewan Undangan Negeri Slim?  Nasib tiga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim akan diketahui hari ini (29 Ogos) apabila 22,749 pengundi biasa akan mengundi calon pilihan mereka mulai pukul 8 pagi sehingga 5.30 petang,

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (Pejuang) dan S.Santharasekaran.

Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim selama empat penggal, Mohd Khusairi Abdul Talib daripada BN yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada 15 Julai.

Sejumlah 96.25 peratus daripada 267 pengundi awal telah menunaikan hak mereka pada Selasa lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap peratusan keluar mengundi akan meningkat daripada 70 peratus kepada 85 peratus.

Selain itu, pengerusinya Abdul Ghani Salleh turut berharap keputusan rasmi PRK DUN Slim dapat diketahui selewat-lewatnya pada pukul 9 malam, 29 Ogos.

Pada PRU-14, calon BN mengekalkan kerusi dengan majoriti 2,183 undi menentang calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, iaitu Mohd Amran dan calon Pas , Muhammad Zulfadli Zainal.

Related posts

Leave a Comment