Kes harian tertinggi Indonesia

INDONESIA sekali lagi mencatatkan kes positif baharu Covid-19 melebihi angka 3,000 apabila kes harian hari ini menunjukkan 3,308 kes berbanding 3,003 kes semalam.

Berdasarkan data di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, jumlah yang dicatatkan hari ini adalah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas.

Dengan perkembangan ini, kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 169,195 manakala jumlah kematian sebanyak 7,261 orang apabila 92 lagi kematian berlaku.

Provinsi Jakarta mencatat kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 37,943 diikuti Jawa Timur (32,754) dan selebihnya di 32 provinsi lain.

Provinsi Jawa Timur mencatat jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,323 orang diikuti Jakarta (1,174), Jawa Tengah (975), Sulawesi Selatan (360) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

THAILAND merekodkan satu lagi kes baharu Covid-19, kali ini melibatkan seorang wanita yang tiba dari Netherlands dan menjalani kuarantin di Chon Buri.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), wanita berusia 30 tahun itu tiba 15 Ogos lalu dan ujian kedua pada 26 Ogos mendapati dia positif.

Dengan perkembangan itu, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Thailand meningkat kepada 3,411 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 3,242 kes telah sembuh termasuk lima hari ini manakala 111 masih di hospital. Jumlah kematian kekal 58 kes sejak 2 Jun lalu.

SINGAPURA mengesahkan 51 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini ialah 56,717.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), republik itu mengklasifikasikan sejumlah 886 sebagai kes import, 2,228 kes dalam komuniti dan 53,552 kes yang membabitkan penghuni asrama pekerja.

Sejumlah 55,337 pesakit pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu sementara

sejumlah 71 kes masih di hospital, Sejumlah 1,231 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat namun masih diuji positif Covid-19 telah diasingkan dan sedang menerima rawatan di fasiliti komuniti. Jumlah kematian akibat Covid-19 masih kekal 27 orang.

FILIPINA melaporkan 3,637 kes jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 213,131 kes.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga mengumumkan 655 kes sembuh yang membawa jumlah keseluruhan pulih sebanyak 135,101..

Jumlah kematian pula meningkat kepada 3,419 orang termasuk 94 pesakit yang meninggal dunia hari ini. Jumlah kes aktif pula 74,611.

Related posts

Leave a Comment