Rusia hampiri satu juta kes

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia mencecah 24.5 juta dengan jumlah kematian meningkat kepada 833,943 kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) dan Brazil mendahului kes jangkitan dan juga kematian.

Daripada 24,578,557 kes jangkitan yang direkodkan sehingga pukul 7 pagi ini, AS mendahului dengan 5,910,400 dan 181,655 kematian diikuti Brazil 3,761,391 kes dan 118,649 kematian.

India merekodkan 3,387,500 kes dan diikuti Rusia yang sudah pun menghampiri satu juta kes dengan catatan 977,730.

Empat negara lagi merekodkan lebih 500,000 kes iaitu Peru 621,997, Afrika Selatan 620,132, Colombia 581,995 dan Mexico 579,914. Sepanyol dan Chile masing-masing melebihi 400,000 kes iaitu 439,286 dan 405,972 kes.

Enam negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Argentina 380,292, Iran 369,911, United  Kingdom (UK) 333,789, Arab Saudi 312,924, Bangladesh 306,794 dan Perancis 304,880.

Pakistan pula menghampiri 300,000 kes dengan catatan 295,053 kes diikuti Turki 265,515, Itali 265,409, Jerman 242,126, Iraq 223,612 dan Filipina 209,544.

Indonesia pula merekodkan 165,887 kes, Kanada 129,060, Qatar 118,196, Ukraine 117,172, Bolivia 113,129, Ecuador 112,141, Israel 112,000 dan Kazakhstan 105,408.

Bagi kes kematian, Mexico berada di tangga ketiga dengan 62,594 diikuti India 61,529, UK 41,573, Itali 35,472, Perancis 30,601, Sepanyol 29,011, Peru 28,277, Iran 21,249, Colombia 18,467, Rusia 16,866, Afrika Selatan 13,743 dan Chile 11,132.

Belgium merekodkan 9,884 kematian, Jerman 9,290, Kanada 9,155, Argentina 8,129, Indonesia 7,169, Iraq 6,814, Ecuador 6,504, Pakistan 6,283, Netherlands 6,247, Turki 6,245, Sweden 5,821 dan Mesir 5,362.

Sementara itu, daripada 16,074,810 kes sembuh, Brazil mendahului dengan 3,124,465 kes, India 2,583,948, AS 2,118,367, Rusia 796,498, Afrika Selatan 533,935, Mexico 475,532, Peru 429,662, Colombia 417,781, Chile 379,452 dan Iran 318,270.

Arab Saudi merekodkan 287,403 kes sembuh, Argentina 280,165, Pakistan 279,937, Turki 241,809, Jerman 214,186, Itali 206,902, Bangladesh196,836, Iraq 164,874, Sepanyol 150,376, Filipina 134,474, Indonesia 120,900, Qatar 115,017 dan Kanada 114,848.

Related posts

Leave a Comment