Penurunan kes di Arab Saudi

JUMLAH kes jangkitan harian koronavirus Covid-19 terus menunjukkan trend penurunan apabila Kementerian Kesihatan Arab Saudi melaporkan angka 1,184 kes hari ini, yang terendah dalam tempoh empat bulan. Semalam, Jumaat, Arab Saudi merekodkan 1,213 kes manakala Khamis 1,287 kes dan 1,363 kes pada Rabu. Jumlah keseluruhan kes positif adalah 306,370. Bagaimanapun, Makkah mencatatkan kenaikan kes apabila angka hari ini menunjukkan 91 kes berbanding 77 semalam. Ini diikuti 73 kes di Samta manakala Riyadh 53, Jazan 49, Baish 47, masing-masing 38 kes di Madinah, Sabya dan Jeddah. Jumlah kematian pula meningkat kepada…

Read More

Azmin akhirnya sertai Bersatu

SELEPAS ‘bebas’ tanpa parti setelah meninggalkan PKR bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) akhirnya Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali serta sepuluh lagi Ahli Parlimen mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Pengumuman itu dibuat di hadapan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan 5,000 perwakilan pada majlis Kongres Negara 2020 bertemakan Bersatu Untuk Malaysia di ibu negara, hari ini, Sabtu 22 Ogos 2020. Turut menyertai beliau ialah pimpinan kanan Penggerak Komuniti Negara, NOW, Pemuda Negara, dan Wanita Muda Negara. “Dengan penuh rasa ikhlas dan hati yang tulus, pada petang yang keramat ini,…

Read More

Menteri 6 bulan ‘tanpa gaji’

NAMPAKNYA Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali belum dapat merasai gaji sebagai anggota Kabinet apabila gajinya disumbangkan untuk Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19). Apa pun orang kata terutama mereka yang sentiasa mencari kesalahan orang lain, yang pasti anggota Parlimen dari Pas itu akan menikmati gajinya pada bulan September. Itu pun jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih kekal. Begitulah ‘pengorbanan’ seorang anggota Kabinet bagi menebus kesalahan yang dilakukan, walaupun tindakan itu tidak boleh disamakan dengan menteri di negara lain yang meletak jawatan atas kesilapan mereka. Di…

Read More

Malaysia Prihatin

MALAYSIA Prihatin yang dipilih menjadi tema Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara yang masih berdepan dengan pandemik koronavirus (Covid-19). Gabungan perkataan ‘Malaysia’ dan ‘Prihatin’ menggambarkan seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak itu serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat. Untuk sambutan kali ini, logo berbentuk hati menjadi pilihan dengan warna-warna bendera Jalur Gemilang menjadi latarnya, melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Tujuh…

Read More

Akhirnya menteri dikompaun

SETELAH timbul kontroversi mengenai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali tidak mematuhi kuarantin selepas pulang dari luar negara, akhirnya Ahli Parlimen Pas itu dikompaun RM1,000 atas kesalahan melanggar perintah kuarantin. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya, berkata Mohd Khairuddin melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342]. “Ekoran kegagalannya mematuhi peraturan mengikut akta berkenaan, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) sudah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada beliau pada 7 Ogos lalu. “Beliau sudah membayar…

Read More

Dua tahun lagi kawal wabak?

GENEVA: Negara-negara di dunia dijangka dapat mengawal penularan wabak Covid-19 dalam masa kurang dua tahun, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu taklimat media. Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Gheyreyesus mengambil contoh virus ‘Spanish flu’ yang menular pada 1918 hingga membunuh 50 juta orang dan berjaya dikawal sepenuhnya selepas dua tahun. “Kita mempunyai kelemahan dari aspek globalisasi, ketersambungan, tetapi dengan kelebihan teknologi yang lebih baik, kita berharap dapat mengatasi penularan wabak ini dalam masa kurang dua tahun dari sekarang,” katanya. Beliau berkata dengan memanfaatkan sepenuhnya peralatan yang ada dan…

Read More

Dunia rekod 22.8 juta kes

JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 22.8 juta dengan kematian merekodkan 796,341 orang dan kes sembuh pula sebanyak 14,616,231. Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) dan Brazil terus mendahului kes jangkitan dan kematian. Daripada 22,813,916 kes yang dicatatkan sehingga 7 pagi ini, AS mendahului dengan 5,616,994 dengan 175,219 kematian manakala Brazil merekodkan 3,501,975 kes dengan kematian 112,304. India pula menduduki tempat ketiga kes tertinggi iaitu 2,905,825 dan jumlah kematian pula di tempat keempat dengan 54,849, iaitu di belakang Mexico yang merekodkan 59,106 kematian. Rusia pula merekodkan 944,671 kes…

Read More