Dunia rekod 22.8 juta kes

JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 22.8 juta dengan kematian merekodkan 796,341 orang dan kes sembuh pula sebanyak 14,616,231.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) dan Brazil terus mendahului kes jangkitan dan kematian.

Daripada 22,813,916 kes yang dicatatkan sehingga 7 pagi ini, AS mendahului dengan 5,616,994 dengan 175,219 kematian manakala Brazil merekodkan 3,501,975 kes dengan kematian 112,304.

India pula menduduki tempat ketiga kes tertinggi iaitu 2,905,825 dan jumlah kematian pula di tempat keempat dengan 54,849, iaitu di belakang Mexico yang merekodkan 59,106 kematian.

Rusia pula merekodkan 944,671 kes diikuti Afrika Selatan 603,338, Peru 567,059, Mexico 543,806 dan Colombia 513,719.

Enam negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Chile 393,769, Sepanyol 386,054, Iran 354,764, United Kingdom 325,239, Argentina 320,884 dan Arab Saudi 305,186.

Pakistan pula mendahului dalam kumpulan 200,000 kes dengan merekodkan 291,588 kes diikuti Bangladesh 290,360, Perancis 271,905, Itali 257,065, Turki 255,723 dan Jerman 233,029.

Dua negara anggota ASEAN iaitu Filipina dan Indonesia berada dalam kumpulan yang mencatat 100,000 kes didahului Iraq yang merekodkan 197,085 diikuti Filipina 182,365 dan Indonesia 149,408.

Kanada merekodkan 126,155 kes diikuti Qatar 116,481, Ecuador 106,481, Bolivia 106,065, Kazakhstan 104,071, Ukraine 102,948 dan Israel 100,716.

Bagi kes kematian pula, United Kingdom di tempat kelima dengan 41,491 kematian diikuti Itali 35,427, Perancis  30,508, Sepanyol  28,838, Peru 27,034, Iran 20,376 dan Colombia 16,183.

Rusia pula mencatatkan 16,148 kematian, Afrika Selatan 12,843, Chile 10,723, Belgium 9,976, Jerman  9,266 Kanada 9,108, Argentina 6,567 dan Indonesia 6,500.

Sementara itu  Brazil mendahului kes sembuh dengan 2,844,318 kes diikuti India 2,158,946, AS 1,965,056, Rusia 759,639, Afrika Selatan 500,102, Mexico 442,782, Peru 380,730, Chile 367,897, Colombia 339,124 dan Iran 305,866.

Arab Saudi pula mencatatkan 277,067, Pakistan 273,579 Argentina 239,806, Turki 235,569 dan Jerman 206,656.

Related posts

Leave a Comment