Penurunan kes di Arab Saudi

JUMLAH kes jangkitan harian koronavirus Covid-19 terus menunjukkan trend penurunan apabila Kementerian Kesihatan Arab Saudi melaporkan angka 1,184 kes hari ini, yang terendah dalam tempoh empat bulan.

Semalam, Jumaat, Arab Saudi merekodkan 1,213 kes manakala Khamis 1,287 kes dan 1,363 kes pada Rabu.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 306,370.

Bagaimanapun, Makkah mencatatkan kenaikan kes apabila angka hari ini menunjukkan 91 kes berbanding 77 semalam.

Ini diikuti 73 kes di Samta manakala Riyadh 53, Jazan 49, Baish 47, masing-masing 38 kes di Madinah, Sabya dan Jeddah.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 3,619 orang selepas 39 lagi pesakit disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, jumlah kes sembuh meningkat kepada 278,441 selepas 1,374 lagi pesakit dilaporkan sembuh. Jumlah kes aktif adalah 24,310 di mana 1,652 kritikal.

Related posts

Leave a Comment