Satu kes baharu Brunei

SATU kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di BRUNEI DARUSSALAM hari ini, kes 143 yang melibatkan seorang wanita berusia 31 tahun yang tiba dari Timur Tengah dengan penerbngan Royal Brunei melalui Kuala Lumpur pada 12 Ogos lalu. Menteri Kesihatan, Dr Md. Isham Jaafar berkata, kes itu dikesan melalui program saringan ujian swab bagi sesiapa yang tiba di negara itu dari luar negara. Bercakap dalam satu sidang media di Bandar Seri Begawan hari ini, beliau berkata, pesakit tanpa tanda-tanda jangkitan itu ketika ini sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan. Kementerian Kesihatan juga…

Read More

Indonesia catat peningkatan

KES positif Covid-19 di INDONESIA meningkat kepada 144,945 kes dengan penambahan 1,902 kes baharu manakala 79,174 lagi masih dalam pemantauan. Menurut laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 hari ini, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 69 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 6,346 orang. Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 31,016 kes, diikuti Jawa Timur (28,886) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,074 orang, diikuti Jakarta (1,032), Jawa Tengah (809), Sulawesi Selatan…

Read More

25,089 kes masih aktif di Saudi

JUMLAH kes jangkitan koronavirus Covid-19 di Arab Saudi mencatatkan sedikit penurunan dalam tempoh 24 jam iaitu 1,363 kes berbanding angka yang direkodkan semalam sebanyak 1,409 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan Arab Saudi setakat ini mencecah 302,686. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), bagi tempoh yang sama, sebanyak 36 kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 3,506 orang.. Bagaimanapun jumlah pesakit yang pulih daripada jangkitan juga meningkat apabila 1,180 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 274,091 kes pulih manakala 25,089 kes masih aktif…

Read More

Tokoh Ma’al Hijrah 1442H

KUALA LUMPUR : Penghargaan berganda buat Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah apabila diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi peringkat Kebangsaan 2020/1442 Hijrah. Baru-baru ini, beliau dikurnia Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Malam ini, di majlis sambutan yang diadakan di Masjid Negara, Dr Noor Hisham menerima anugerah itu bersama Syeikh Al-Azhar Al-Syarif Syeikh Prof Dr Ahmad Tayyib yang diumum Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa. Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Read More

Huruf Pa logo Pejuang

PUTRAJAYA: Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang diasaskan oleh Dr Mahathir Mohamad didaftarkan secara rasmi hari ini dan menggunakan huruf Jawi ‘Pa’ sebagai logo. Bakal Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir menjelaskan, logo berwarna ‘biru pantone’ itu turut terdapat tiga titik yang bermaksud Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara. Nama parti yang mengguna lambang huruf ‘Pa’, bermaksud pejuang dengan tiga titik di atas, melambangkan tiga rukun – Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara. “Kita harap ini menjadi satu simbol perjuangan kita khususnya masyarakat Melayu dan amnya rakyat Malaysia,” katanya selepas menyerahkan…

Read More

Wanita menteri kewangan

TIMBALAN Perdana Menteri Kanada Chrystia Freeland dilantik sebagai Menteri Kewangan, wanita pertama dinobat sebagai menteri kewangan di negara itu. Pelantikan dibuat sehari selepas, Bill Morneau, meletakkan jawatan berikutan skandal etika dan kemelutnya dengan Perdana Menteri Justin Trudeau berhubung pengurusan perbelanjaan pandemik Covid-19. Freeland, bekas wartawan yang pernah menjadi Menteri Luar Kanada, akan mengekalkan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Berusia 52 tahun, beliau merupakan lulusan Harvard dan memiliki sarjana dari Rhodes serta boleh bertutur dalam lima bahasa. “Saya sedar hakikat yang saya merupakan menteri kewangan wanita pertama Kanada. Sudah tiba masanya kita…

Read More

CAKE saman RM1.5 juta

PERSATUAN Pengguna Kedah (CAKE) memfailkan saman sivil ke atas pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh di Mahkamah Tinggi di Alor Setar, menuntut ganti rugi lebih RM1.5 juta susulan penularan Covid-19 di bawah Kluster Sivagangga di Kedah sejak 28 Julai lalu. CAKE selaku plaintif mengakui pihaknya mewakili hampir 200 penduduk dan peniaga di daerah Kubang Pasu, termasuk Napoh, yang terjejas akibat penularan wabak bagi kluster tersebut. Saman ke atas pemilik restoran itu, Nezar Mohamed Shabur Batcha, 57 tahun, yang dinamakan sebagai defendan, difailkan peguam Mohammad Zunun Baihakky. Dalam writ saman tersebut, CAKE…

Read More

Sambutan Ma’al Hijrah 1442H

TEMA sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M adalah ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Paimuzi Yahya berkata tema itu bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad SAW. “Kewujudan masyarakat yang bersatu atas kepelbagaian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam. Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan merupakan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan. “Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan…

Read More