25,089 kes masih aktif di Saudi

JUMLAH kes jangkitan koronavirus Covid-19 di Arab Saudi mencatatkan sedikit penurunan dalam tempoh 24 jam iaitu 1,363 kes berbanding angka yang direkodkan semalam sebanyak 1,409 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan Arab Saudi setakat ini mencecah 302,686.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), bagi tempoh yang sama, sebanyak 36 kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 3,506 orang..

Bagaimanapun jumlah pesakit yang pulih daripada jangkitan juga meningkat apabila 1,180 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 274,091 kes pulih manakala 25,089 kes masih aktif di mana 1,725 kritikal.

Mengenai lokasi jangkitan kes baharu, sebanyak 109 kes direkodkan di Jazan diikuti Makkah sebanyak 106 kes, Madinah 57, Jeddah 56, Hafr Al-Batin 52, Riyadh 49, Hufof 48, Sabya 45 dan 44 kes masing-masing di Abha dan Abu Arish.

Lain-lain bandar merekodkan di bawah 30 kes di mana sekurang-kurangnya satu atau dua kes.

Related posts

Leave a Comment