Indonesia catat peningkatan

KES positif Covid-19 di INDONESIA meningkat kepada 144,945 kes dengan penambahan 1,902 kes baharu manakala 79,174 lagi masih dalam pemantauan.

Menurut laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 hari ini,

bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 69 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 6,346 orang.

Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 31,016 kes, diikuti Jawa Timur (28,886) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,074 orang, diikuti Jakarta (1,032), Jawa Tengah (809), Sulawesi Selatan (347) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Di FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 19 Ogos 2020, Jabatan Kesihatan (DOH) merekodkan 4,650 kes yang membawa kepada jumlah keseluruhan 173,774 kes.

Bagi tempoh yang sama, DOH juga mengumumkan 716 pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan 113,481 sembuh.

Sebanyak 111 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia 2,795 orang sementara kes aktif pula 57,498.

Sebanyak 93 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di SINGAPURA dalam tempoh 24 jam termasuk enam kes import, menjadikan kes terkumpul  56,031.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak dua kes jangkitan dalam komuniti dilaporkan membabitkan pemegang pas kerja manakala kes-kes lain merupakan pemegang permit kerja yang sedang menjalani kuarantin.

Setakat tengah hari semalam, republik itu mengklasifikasikan  814 kes import, 2,207 kes jangkitan dalam komuniti dan 52,917 pekerja migran penghuni asrama.

Seramai 52,533 pesakit atau kira-kira 94 peratus daripada jumlah kumulatif kes yang dilaporkan, telah pulih manakala 88 pesakit positif masih dirawat.

Sementara itu THAILAND melaporkan satu kes baharu yang melibatkan seorang wanita, 37 yang dikuarantin sejurus beliau tiba dari India pada 8 Ogos lalu.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), ini menjadikan jumlah kes di negara itu setakat ini sebanyak 3,382 kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 3,199 pesakit sembuh manakala 125 lagi masih dirawat di hospital. Jumlah kematian kekal 58.

Related posts

Leave a Comment