Huruf Pa logo Pejuang

PUTRAJAYA: Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang diasaskan oleh Dr Mahathir Mohamad didaftarkan secara rasmi hari ini dan menggunakan huruf Jawi ‘Pa’ sebagai logo.

Bakal Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir menjelaskan, logo berwarna ‘biru pantone’ itu turut terdapat tiga titik yang bermaksud Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.

Nama parti yang mengguna lambang huruf ‘Pa’, bermaksud pejuang dengan tiga titik di atas, melambangkan tiga rukun – Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.

“Kita harap ini menjadi satu simbol perjuangan kita khususnya masyarakat Melayu dan amnya rakyat Malaysia,” katanya selepas menyerahkan borang permohonan pendaftaran parti itu di Pendaftar Pertubuhan.

Selain Muhkriz dan Dr Mahathir, lima lagi nama diserahkan sebagai jawatan kuasa penaja Pejuang.

Mereka ialah Dr Mahathir Mohamad, Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik, Marzuki Yahya, Shahrudin Salleh dan Nur Khairi Ahmad.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak hadir di Pejabar Pendaftar Pertubuhan.

Mukhriz dan lima yang lain menyerahkan borang permohonan kepada Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim.

Pada 7 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang bernama Pejuang.

Parti itu, katanya tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Related posts

Leave a Comment