Indonesia, Filipina tambah kes

INDONESIA menambah kes positif Covid-19 selepas 1,821 kes baharu direkodkan menjadikan jumkah keseluruhan 141,370 kes  manakala 78,659 pesakit lagi masih dalam pemantauan virus itu. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, sebanyak 57 lagi kematian dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 6,207 . Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 29,952 kes, diikuti Jawa Timur (28,239) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain. Jawa Timur merekodkan kematian tertinggi iaitu 2,037 orang, diikuti Jakarta (995), Jawa Tengah (791), Sulawesi Selatan (346) dan selebihnya di wilayah…

Read More

Saudi hampiri 300,000 kes

ARAB Saudi hari ini, 17 Ogos merekodkan 1,327 kes baharu Covid-19, meningkat 100 kes berbanding 1,227 yang dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di Arab Saudi menghampiri 300,000 kes iaitu 299,914 kes. Kementerian Kesihatan (MOH) juga mengumumkan 28 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,436 kematian. Mengenai kes sembuh, sebanyak 1,432 lagi pesakit dilaporkan pulih yang membawa jumlah kes sembuh meningkat kepada 268,385. Jumlah kes aktif pula 28,093 di mana 1,758 kritikal. Sementara itu, daripada jumlah kes baharu, 73 kes direkodkan di Hufof, diikuti Hail…

Read More

Ditahan ikut perkenan Agong

KUALA LUMPUR : Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun diperintahkan ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong setelah didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017. Remaja itu yang berumur 16 tahun semasa kejadian dilihat beberapa kali mengesat air matanya semasa  Hakim Mahkamah Tinggi  Datuk Azman Abdullah membacakan keputusan itu. Azman menjatuhkan hukuman tersebut ke atas remaja berkenaan selepas mendapati dia gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas 23 pertuduhan membunuh 23 individu tersebut. “Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesemua 23 pertuduhan tanpa sebarang keraguan munasabah, dengan ini saya mendapati tertuduh melakukan jenayah tersebut seperti mana pertuduhan…

Read More

12 kes: 10 tempatan, 2 import

PUTRAJAYA : Kes positif Covid-19 hari ini, 17 Ogos mencatatkan 12 kes baharu, dengan 10 daripadanya penularan dalam negara, manakala dua lagi adalah kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan jumlah kes positif adalah 9,212 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 211 kes. Sepuluh kes penularan dalam negara itu melibatkan warga tempatan, iaitu satu kes saringan bergejala di Hospital Sungai Buloh, empat kes Kluster Tawar dan dua kes Kluster Sala di Kedah serta tiga kes daripada Kluster Tawar di Pulau Pinang. Manakala dua…

Read More

Sabah memilih 26 September

KOTA KINABALU: Ketika Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menetapkan 21 Ogos ini sebagai tarikh keputusan cabaran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Suruhanjya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16. Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, 12 September ditetapkan sebagai tarikh penamaan calon manakala 22 September tarikh mengundi awal. “Setakat ini SPR tidak dapat apa-apa arahan daripada mahkamah.Jika terdapat perubahan, ia tertakluk kepada keputusan mahkamah dan bukannya SPR,” katanya. Pada 30 Julai lalu, Ketua Menteri Sabah sementara, Mohd Shafie Apdal telah mengumumkan…

Read More

Kini Tan Sri Dr. Noor Hisham

KETUA Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah kini bergelar Tan Sri setelah dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2020. Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya. Dalam catatan di Facebooknya hari ini, Dr. Noor Hisham menyifatkan anugerah itu sebagai penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan di belakang tabir Kementerian…

Read More