Saudi hampiri 300,000 kes

ARAB Saudi hari ini, 17 Ogos merekodkan 1,327 kes baharu Covid-19, meningkat 100 kes berbanding 1,227 yang dilaporkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di Arab Saudi menghampiri 300,000 kes iaitu 299,914 kes.

Kementerian Kesihatan (MOH) juga mengumumkan 28 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,436 kematian.

Mengenai kes sembuh, sebanyak 1,432 lagi pesakit dilaporkan pulih yang membawa jumlah kes sembuh meningkat kepada 268,385.

Jumlah kes aktif pula 28,093 di mana 1,758 kritikal.

Sementara itu, daripada jumlah kes baharu, 73 kes direkodkan di Hufof, diikuti Hail 65, Makkah dan Tabuk masing-masing 64, Jazan 63, Madinah 53, Abu Araish 52, Riyadh 45, Jeddah 43, Dammam 42.

Related posts

Leave a Comment