Indonesia, Filipina tambah kes

INDONESIA menambah kes positif Covid-19 selepas 1,821 kes baharu direkodkan menjadikan jumkah keseluruhan 141,370 kes  manakala 78,659 pesakit lagi masih dalam pemantauan virus itu.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, sebanyak 57 lagi kematian dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 6,207 .

Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 29,952 kes, diikuti Jawa Timur (28,239) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Jawa Timur merekodkan kematian tertinggi iaitu 2,037 orang, diikuti Jakarta (995), Jawa Tengah (791), Sulawesi Selatan (346) dan selebihnya di wilayah lain.

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 17 Ogos 2020, merekodkan jumlah kes Covid-19 meningkat kepada 164,474.

Sebanyak 3,314 kes yang disahkan dilaporkan berdasarkan jumlah ujian yang dilakukan oleh 91 daripada 105 makmal operasi semasa.

DOH juga mengumumkan 237 kes sembuh yang membawa jumlah keseluruhan sembuh kepada 112,759.

Sebanyak 18 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,681 kematian manakala kes aktif pula 49,034.

THAILAND sekali lagi merekodkan kes import, hari ini melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 24 tahun yang pulang dari Indonesia pada 3 Ogos lalu.

Jumlah kes kini meningkat kepada 3,378 sementara 3,194 kes telah sembuh manakala 126 masih di hospital. Jumlah kematian kekal 58 sejak 2 Jun lalu.

SINGAPURA merekodkan 91 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan enam daripadanya adalah kes import, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 55,838.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes import berkenaan melibatkan dua warga Singapura, seorang penduduk tetap, dua pemegang pas kerja dan seorang pemegang permit kerja.

Sehingga tengah hari semalam Singapura mengklasifikasikan 806 daripada kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,206 kes komuniti dan 52,735 penghuni asramaSejumlah 51,953 pesakit, atau kira-kira 93 peratus daripada angka keseluruhan telah pulih sepenuhnya manakala 82 masih dirawat.

Related posts

Leave a Comment