Kes di Arab Saudi 275,905

ARAB Saudi merekodkan 1,686 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kes hari ini, 31 Julai meningkat kepada 275,905. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak 24 kematian juga dilaporkan yang membawa kepada 2,866 kes. Bagaimanapun jumlah kes sembuh mencecah 85 peratus atau 235,000 berbanding jumlah kes yang dilaporkan sebanyajk 275,905. Kes aktif pula kini 37,381 di mana 2,033 kes kritikal. Daripada jumlah jangkitan harian itu, Makkah mencatatkan 178 kes diikuti Khamis Mushayt 106 manakala Riyadh 99, kali pertama kurang daripada 100 kes. Lain-lain bandar juga mencatatkan kurang…

Read More

Kini ‘penjarakan fizikal‘

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan istilah penjarakan sosial yang diguna pakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 kini ditukar kepada penjarakan fizikal. Menurut Twitter KKM, penggunaan istilah penjarakan fizikal merujuk kepada orang ramai perlu mengamalkan jarak sekurang-kurangnya satu meter yang perlu dipatuhi dalam kebiasaan baharu. Selain itu orang ramai perlu mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan…

Read More

Import 5, tempatan 7

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 12 kes baharu dengan satu kematian sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat.menjadikan jumlah kes positif Covid -19 sebanyak 8,976 kes serta 125 kematian. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 12 kes baharu yang dilaporkan, lima adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia. “Daripada tujuh kes penularan di dalam negara, lima adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan dua kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia,…

Read More

Situasi hari ini juga perlu pengorbanan

SELAMAT Hari Raya Aidiladha. Sekali lagi kita menyambut hari raya dalam suasana ‘dikawal’ SOP akibat Covid-19. Namun syukur Alhamdulillah kerana kali ini kita berpeluang solat Hari Raya Aidiladha di masjid atau surau. Selang beberapa jam, dapat pula solat Jumaat. Dua khutbah menjadi panduan. Walaupun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kita juga diberi kesempatan untuk melaksanakan ibadah korban dengan mematuhi SOP. Dalam erti kata lain, kita masih berpeluang melakukan ibadah walaupun ada batasnya mengikut pematuhan SOP. Tidak seperti Hari Raya Aidilfitri yang lepas, kita terpaksa solat hari raya di…

Read More

1,629 kes baharu di Saudi

ARAB Saudi melaporkan 1,629 kes baharu Covid-19 dengan 26 kematian pada Khamis, 30 Julai 2020. Ini menjadikan jumlah kes meningkat kepada 274,219 manakala jumlah kematian adalah 2,842. Daripada jumlah kes baharu itu, 137 dicatatkan di Hufof, Riyadh 114, Dammam 66, Najran 63,  Madinah 60 dan Makkah 47. Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 231,198 setelah 2,629 lagi pesakit disahkan pulih. Sebanyak 40,179 kes aktif di mana 2,044 kritikal.

Read More