Kes di Arab Saudi 275,905

ARAB Saudi merekodkan 1,686 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kes hari ini, 31 Julai meningkat kepada 275,905.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak 24 kematian juga dilaporkan yang membawa kepada 2,866 kes.

Bagaimanapun jumlah kes sembuh mencecah 85 peratus atau 235,000 berbanding jumlah kes yang dilaporkan sebanyajk 275,905.

Kes aktif pula kini 37,381 di mana 2,033 kes kritikal.

Daripada jumlah jangkitan harian itu, Makkah mencatatkan 178 kes diikuti Khamis Mushayt 106 manakala Riyadh 99, kali pertama kurang daripada 100 kes.

Lain-lain bandar juga mencatatkan kurang 100 kes jangkitan termasuk Madinah 68 dan Jeddah 41.

Related posts

Leave a Comment