Import 5, tempatan 7

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 12 kes baharu dengan satu kematian sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat.menjadikan jumlah kes positif Covid -19 sebanyak 8,976 kes serta 125 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 12 kes baharu yang dilaporkan, lima adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

“Daripada tujuh kes penularan di dalam negara, lima adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan dua kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia,

Lima kes import adalah tiga dari Indonesia, Qatar (satu) dan United Kingdom (satu).

Tujuh kes penularan dalam negara pula termasuk dua di Johor, Kedah (dua), Selangor (satu), Negeri Sembilan (satu) dan Sabah (satu).

Kes kematian membabitkan pesakit kes ke-8,974 iaitu lelaki Filipina berusia 64 tahun, mempunyai latar belakang penyakit jantung. Dia mempunyai gejala demam, batuk dan sesak nafas pada 25 Julai namun tidak mendapatkan rawatan.

Pada 29 Julai 2020, dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan disahkan meninggal dunia. Ujian saringan menunjukkan dia positif Covid-19.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di negara ini sebanyak 125 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, terdapat tiga kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga merekodkan sebanyak 27 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 8,644 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Related posts

Leave a Comment