ARAB Saudi mencatatkan 1,993 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan kes 268,934. Menurut Kementerian Kesihatan, Al Hafouf merekodkan angka tertinggi iaitu 194 kes, Taif 186, Riyadh 106, Makkah 94, Dammam 79, Najran 69, Madinah 62, dan Jeddah 51. Sebanyak 27 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa jumlah kematian meningkat kepada 2,760 kes. Sementara itu, jumlah kes pulih pula meningkat kepada 222,936 selepas 2,613 lagi pesakit dilaporkan sembuh sementara 42,238 kes aktif di mana 2,126 kritikal.
Read MoreDay: July 27, 2020
Indonesia cecah 100,303 kes
SINGAPURA mencatatkan 469 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 15 kes merupakan kes import dan kesemua kes import dikenakan Notis Duduk Di rumah, semasa tiba di negara itu. Terdapat dua kes dalam komuniti di mana seorang daripadanya merupakan warga Singapura dan seorang lagi pemegang pas pekerja. Majoriti besar kes masih melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja. Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata, setakat ini jumlah keseluruhan kes di republik itu 50,838 kes di mana 45,521 atau 90 peratus daripada jumlah kes, telah pulih dan terdapat 173 kes masih dirawat. Sementara…
Read MoreKabinet angkat sumpah
SINGAPURA: Kabinet baharu Singapura bagi Parlimen ke-14 mengangkat sumpah jawatan lewat petang ini, 27 Julai di Istana dan bangunan Parlimen. Perdana Menteri Lee Hsien Loong mendahului senarai anggota Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Halimah Yacob, di Istana dan Hakim Besar Sundaresh Menon. Orang kedua mengangkat sumpah jawatan ialah Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat diikuti barisan anggota Kabinet lain termasuk dua menteri penuh Melayu/Islam, Masagos Zulikifli dan Dr Mohd Maliki Osman, serta Menteri Negara Kanan Zaqy Mohamad dan Menteri Negara Dr Faishal Ibrahim. Pilihan Raya Umum Singapura berlangsung pada…
Read MoreRuang solat Aidiladha habis
KESEMUA 8,790 ruang solat bagi Hari Raya Aidiladha di Singapura pada 31 Julai ini sudah habis ditempah. Kesemuanya terisi dalam tempoh 15 minit selepas pendaftaran dibuka pada pukul 1 petang ini 27 Julai menerusi aplikasi MuslimSG. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) melalui laman Facebook berkata pihaknya kini sedang dalam proses mengirimkan e-mel pengesahan bagi tempahan ruang yang berjaya. Bagi yang belum mendapat sebarang e-mel pengesahan diminta bersabar atau boleh mengesahkan status tempahan menerusi pautan https://ourmosques.commonspaces.sg/check-booking-confirmation, Pejabat Mufti menasihatkan mereka yang tidak berjaya menempah ruang agar mendirikan solat Aidiladha di rumah bersama keluarga dan boleh…
Read MoreTiga tempatan, empat import
PUTRAJAYA : Tujuh kes baharu Covid-19 dilaporkan pada hari ini Isnin, 27 Jun menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,904 kes manakala tiada kematian dicatatkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, daripada jumlah itu, tiga kes adalah penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia, empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu tiga warganegara dan seorang bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia. Tiada kes penularan di dalam negara di kalangan bukan warganegara yang dilaporkan. Kesemua tiga kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara…
Read MoreDunia catat 647,159 kematian
JUMLAH kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini mencecah 647,159 berbanding 643,348 pagi semalam (26 Julai) manakala jumlah kes positif pula meningkat kepada 16,157,585 berbanding 15,984,384 semalam. Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 4,227,364 kes dan 146,889 kematian diikuti Brazil yang merekodkan 2,394,513 kes dengan 86,449 kematian. India pula merekodkan 1,385,685 kes berbanding 1,337,024 semalam manakala kematian di tangga keenam dengan catatan 32,063 berbanding 31,358 semalam. Di kedudukan keempat adalah Rusia dengan 811,073 kes diikuti Afrika Selatan 445,433. Empat buah negara merekodkan 300,000 kes didahului Mexico 390,516, Peru 375,961, Chile 345,790 dan…
Read MoreMedia Hari Ini 27.07.2020
Arab Saudi catat 266,941 kes
ARAB Saudi merekodkan 1,968 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes kini 266,941. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 30 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kematian 2,733. Al-Hufouf merekodkan 208 kes, Taif 195, Riyadh 126, Makkah 109, Hafr Al Batin 90, Al Mobarraz 86, Dammam 64, Buraidah 77, Dammam 64, Madinah 59 dan Jeddah 41. Sementara itu, jumlah kes pulih pula meningkat kepada 220,323 kes setelah 2,541 lagi pesakit sembuh. Sebanyak 43,885 kes aktif manakala 2,120 kritikal.
Read More