Dunia catat 647,159 kematian

JUMLAH kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini mencecah 647,159 berbanding 643,348 pagi semalam (26 Julai) manakala jumlah kes positif pula meningkat kepada 16,157,585 berbanding 15,984,384 semalam.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 4,227,364 kes dan 146,889 kematian diikuti Brazil yang merekodkan 2,394,513 kes dengan 86,449 kematian.

India pula merekodkan 1,385,685 kes berbanding 1,337,024 semalam manakala kematian di tangga keenam dengan catatan 32,063 berbanding 31,358 semalam.

Di kedudukan keempat adalah Rusia dengan 811,073 kes diikuti Afrika Selatan 445,433.

Empat buah negara merekodkan 300,000 kes didahului Mexico 390,516, Peru 375,961, Chile 345,790 dan United Kingdom (UK) 301,020.

Sepuluh buah negara mencatatkan lebih 200,000 kes iaitu Iran 291,172, Pakistan 273,113, Sepanyol 272,421, Arab Saudi 266,941, Itali 246,118, Colombia 240,795, Turki 226,100, Bangladesh 223,453, Perancis 217,801 dan Jerman 206,667

Sementara itu, Argentina mencatatkan 158,334 kes diikuti Kanada 115,787, Iraq 110,032 dan Qatar 109,305 diikuti Indonesia 98,778, Mesir 92,062 dan China 86,637.

Sementara itu, bagi kes kematian, UK mencatatkan 45,837 orang diikuti Mexico 43,680,  Itali 35,107, India  32,063, Perancis 30,195 , Sepanyol 28,432, Peru 17,843, Iran 15,700, Rusia 13,249 dan Belgium 9,821.

Sebanyak 9,325,892 kes sembuh di mana Brazil mencatatkan 1,787,593 diikuti AS 1,297,863, India 885,577 , Rusia 599,172, Chile 318,095, Mexico 293,264, Afrika Selatan 265,077, Peru 263,130, Iran 253,213, Pakistan 237,434 dan Arab Saudi 220,323.

Related posts

Leave a Comment