Kes di Indonesia 98,778

INDONESIA mencatatkan 1,492.kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 98,778 kes. Data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia www.covid19.go.id hari ini menunjukkan sebanyak 55,647 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 67 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 4,781 orang. Jawa Timur mencatatkan kes positif dan kematian keseluruhan tertinggi iaitu 20,539 kes dan 1,589 kematian. Jakarta pula mencatatkan 19,125 kes dan 759 kematian manakala Jawa Tengah merekodkan 564 kematian dan Sulawesi Selatan 302…

Read More

Selamat kembali Mingguan Malaysia

TAHNIAH kepada rakan-rakan yang terpilih menerbitkan semula akhbar Mingguan Malaysia (MM). Keluaran sulung terbitan Media Mulia Sdn.Bhd. (MM) selepas keluaran terakhir oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UM). MM dilahirkan pada 30 Ogos 1964. Akhbar yang sering dinobatkan sebagai Akhbar No. 1 negara ini pernah mencatatkan rekod cetak dan jualan tertinggi. Adakah MM (baharu) mampu mengulangi kegemilangan MM lama? Dengan situasi yang ada pada hari ini, tidak keterlaluan jika dikatakan hasrat itu sukar dicapai lebih-lebih lagi ketika maklumat sentiasa di hujung jari dan budaya membaca yang suram. Apa pun jika kena…

Read More

1 kematian, 13 kes baharu

PUTRAJAYA: Enam hari tanpa kematian akibat Covid-19, hari ini, Ahad 26 Julai, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan satu kes kematian. Kes kematian itu melibatkan kes ke-8,743, iaitu perempuan warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterolemia. Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 124 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes) Beliau turut memaklumkan 13 kes baharu direkodkan sehingga pukul  12 tengah hari, tiga kes import, 10 penularan tempatan selain…

Read More

Menghampiri 16 juta kes

JUMLAH kes positif Covid-19 seluruh dunia mencecah hampir 16 juta pagi ini, 26 Julai 2020 berbanding semalam 15.4 juta kes manakala kematian pula meningkat 643,348 berbanding 631,811 kes yang durekodkan pagi semalam. Menurut data Johns Hopkins University, daripada 15,984,384 kes, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 4,176,716 berbanding 4,032,430 semalam sementara jumkah kematian pula meningkat kepada 146,420 berbanding 144,167. Brazil pula merekodkan 2,394,513 dengan 86,449 kematian sementara India yang berada di kedudukan ketiga merekodkan 1,337,024 dan kematian di tangga keenam dengan catatan 31,358. Data itu juga menunjukkan Rusia mencatatkan 805,332 dan Afrika Selatan 434,200 berbanding semalam masing-masing…

Read More

2,201 kes baharu Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 2,201 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes meningkat kepada 264,973.. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) jumlah kematian juga meningkat kepada 2,703 setelah 31 lagi meninggal dunia.. Pada masa yang sama, 2,051 yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 dilaporkan pulih menjadikan 217,782 kes.. Sebanyak 44,488 adalah kes aktif dan 2,120 kritikal. Riyadh mendahului dengan 118 kes diikuti. Al-Hufof 115, Mobarraz 107, Dammam 106, Khamis Mushayt 104, Makkah 103, Taif 71, Madinah 68, Hail 57, Jeddah 56 Sementara itu orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi…

Read More