1 kematian, 13 kes baharu

PUTRAJAYA: Enam hari tanpa kematian akibat Covid-19, hari ini, Ahad 26 Julai, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan satu kes kematian.

Kes kematian itu melibatkan kes ke-8,743, iaitu perempuan warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterolemia.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 124 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

Beliau turut memaklumkan 13 kes baharu direkodkan sehingga pukul  12 tengah hari, tiga kes import, 10 penularan tempatan selain enam kes pulih dibenarkan discaj dari hospital menjadikan jumlah kumulatif kes discaj dari wad sebanyak 8,600 kes.

Sehingga kini, terdapat dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment