89 peratus pesakit sembuh

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi mengesahkan 1,227 lagi kes baharu Covid-19 hari ini (16 Ogos) menjadikan jumlah keseluruhan kes 298,542.

Jurucakap kementerian juga memaklumkan 39 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia 3,408 orang.

Pada masa yang sama, 2,466 pesakit pulih yang membawa kepada peningkatan kes sembuh 266,953 iaitu 89 peratus daripada keseluruhan kes.

Sebanyak 28,181 kes aktif di mana 1,774 kritikal.

Sementara itu, Riyadh mendahului catatan kes baharu dengan merekodkan 62 kes diikuti Jazan dan Jeddah masing-masing merekodkan 57 kes, Makkah 56 , Baish 43 dan Madinah 36.

Related posts

Leave a Comment